Saturday, July 28, 2007

Perompak Bas Kilang

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA

Friday, July 27, 2007

Sebahagian Picture Pd Majlis Cukur Jambul



Majlis Cukur Jambul 150707



Emm baby Malika dah masuk sebulan setengah..Emmm n she so cute..Dah pandai nk bermain ngn org sekeliling..Klu tiada org di sekeliling, baby akan nangis..So picture di ambil semasa hari cukur jambul babypada 15 Julai 2007..Baru biru ni utk sesi pengambaran je..hehehehe...Thanks to Rai coz jd photographer 4 tht day..Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar walaupn hujan di waktu petang..Penat beb..Pastu aku berkejar ke opis lak coz ada event JOM DURIAN...Ape-ape pn aku puas hati sebab semuanya berehhh....For Wani,Mas,Amin,Rai thanks a lot..Tanpa U all, aku n angah xdpt nak uruskan semua..Thanks..Untuk Kak Iza N Malika I love both af u..

Tuesday, July 24, 2007

Tuesday, July 17, 2007

Tuesday, July 10, 2007

Coklat terapi berkesan kurangkan tekanan

RAMAI wanita mengimpikan pemberian coklat dan bunga ketika menyambut hari lahir terutama daripada teman istimewa. Betapa besar kuasa coklat kerana ia mampu melambangkan kasih sayang dan cinta. Malah, kajian di Eropah juga membuktikan coklat adalah terapi paling berkesan untuk mengurangkan masalah dan tekanan.

Hakikatnya, terdapat tiga jenis coklat boleh diperoleh di pasaran iaitu susu, kosong atau pahit dan putih. Setiap coklat mempunyai khasiat berlainan dan berikut adalah beberapa jenis coklat dan khasiatnya kepada tubuh individu.

Coklat susu

Coklat susu mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik
Mengandungi tenaga, protein, kalsium dan vitamin A dan B yang lebih tinggi
Kandungan protein, kalsium dan vitamin sebahagian besarnya disumbangkan oleh susu iaitu salah satu bahan utama dalam ramuan coklat susu.
Coklat susu seberat 100 gram boleh menyumbangkan tenaga sebanyak 18 peratus, protein (11 peratus), zat besi (8 peratus), kalsium (47 peratus) dan Vitamin A (11 peratus) yang diperlukan badan dalam tempoh sehari.
Coklat putih

Mempunyai kandungan tenaga yang tinggi.
Coklat putih seberat 100 gram boleh menyumbang 18 peratus tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.
Di samping itu, coklat putih juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.
Bagaimanapun, berbanding dengan coklat susu, kandungan protein dalam coklat putih adalah lebih rendah kerana coklat putih tidak mengandungi likur koko dan serbuk koko.
Coklat kosong

Mengandungi lemak dan zat besi yang tinggi.
Zat besi yang terkandung dalam 100 gram coklat kosong boleh menyumbang 23 peratus zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia
Bagaimanapun kandungan zat dalam coklat kosong lebih rendah daripada jenis coklat yang lain kerana ia tidak mengandungi campuran susu
Penting bagi individu membezakan coklat tulen dan coklat kompaun yang ada dalam pasaran. Definisi coklat mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 menjelaskan coklat tulen adalah coklat yang mengandungi tidak lebih daripada lima peratus lemak sayuran selain daripada lemak koko.

Sementara coklat bagi tujuan salutan pembuatan biskut atau produk lain mesti mengandungi tidak kurang daripada 12 peratus likur koko.

Oleh itu, coklat yang tidak menepati takrifan yang disebutkan dalam akta berkenaan ialah coklat kompaun atau coklat gantian yang tidak mempunyai nilai pemakanan yang setara dengan coklat tulen.

Individu boleh mengenal pasti perbezaan antara coklat kompaun atau gantian melalui bahan yang dilabelkan dalam pembungkusan coklat berkenaan.

Coklat tulen menggunakan lemak koko dan likur koko. Sementara coklat kompaun atau gantian menggunakan lemak gantian yang lain seperti minyak isirung kelapa sawit.

Monday, July 9, 2007

WASIAT IMAM GHAZALI KEPADA MURIDNYA

. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling BESAR di dunia ?
4. Apa yang paling BERAT di dunia ?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia ?
6. Apa yang paling TAJAM di dunia ?

Jawabannya:
————————————————————————————–
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al
Ghozali bertanya….

Pertama,
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab : “orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya”.
Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu BENAR.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI.
Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan
mati (Q.S. Ali Imran 185)

Kedua,
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”.
Murid -muridnya menjawab : “negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang”.
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan itu
adalah BENAR. Tapi yang paling benar adalah MASA LALU.� Walau dengan cara apa sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Ketiga,
“Apa yang paling besar di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab : “gunung, bumi dan matahari”.
Semua jawaban itu BENAR kata Imam Ghozali.
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU (Q.S. Al-A’Raf 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Keempat,
“Apa yang paling berat di dunia ini?”.
Ada yang menjawab : “besi dan gajah”.
Semua jawaban adalah BENAR, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Q.S. Al-Ahzab 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Kelima,
“Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Ada� yang menjawab : “kapas, angin, debu dan daun-daunan”.
Semua itu BENAR kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT.
Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan sholat; gara-gara bermesyuarat, kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan Keenam adalah,
“Apakah yang paling tajam di dunia ini?”
Murid-muridnya menjawab dengan serentak : “pedang”.
BENAR, kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA.
Karena melalui lidah, ,manusia selalu menyakiti hati dan melukai perasaan
saudaranya sendiri.