About Me

My photo
Daku seorang isteri kepada seorang suami yang cukup menyayangi daku dan mama kepada Muhammad Fatih Rayyan..Daku juga suka berkawan..mencari teman untuk bertukar pendapat..berkongsi cerita...

MY TREASURE

MY TREASURE

Sunday, December 20, 2009

?%@&**!

Hari ini daku tak keluar..Semalam dah keluar g sogo n jalan TAR ngn hubby..Ingat nak beli kain langsir tapi xde yang berkenan...Semalam dengan hujan lebat di KL..So hari ini duduk dirumah je..Memasak..Laundry..Mengemas rumah..Next week daku cuti dari 22hb-24hb Disember kitaorg nak g jenjalan..hehehe..(kaki sakit2 pun masih nak berjalan)

22hb nanti kitaorg nak g jenjalan ke Melaka..Dah lama x merayau kat Melaka..Melaka..Here we come...huhuhuhu

23hb - 25hb kat Port Dickson...Kira 23hb nanti daku sambut birthday kat PD ler..hehehe...Tgh pikir nak hadiah ape nih...hihihihi

25hb - 27hb dari PD daku n hubby trus ke Kuantan g umah Aki kemudian balik ke Chini..

28hb Masuk kerja seperti biasa.. (",)

Daku harap semua berjalan dengan lancar...Amin..

Friday, December 18, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431

Hari ni cuti umum..Daku masih xde plan nak kemana-mana cuti ni, so daku menghabiskan masa di rumah saja hari ni..Pagi2 lagi dah operasi mengemas rumah...al maklumla kalau hari bekerja ku kemas mana yang sempat...Pagi tadi cuma sarapan 2 keping roti bakar dan teh o..Untuk tengahari pula daku masak kari udang, sambal tumis ikan ibis+telur puyuh dan salad.Sekarang ni tengah tunggu hubby balik dari kerja (shif malam) dan dok memikir nak buat ape lagi petang nnt..

Bagi seluruh umat Islam selamat menyambut tahun baru hijrah 1431...Semoga kita semua sentiasa di rahmati Allah...

Monday, December 14, 2009

Kaki Ku..

Jumaat yg lepas daku kuar ngn adik-adik daku..kitaorg merayau kat Times Square, lepas tu terus ke Bank Negara g jmpe my mom jap..Dalam kul 4 lebih kitaorg serbu sogo lak..Daku cuma beli sandal je di sogo..Di Jln TAR daku rembat 3 helai shawl,menambahkan lagi koleksi shawl daku..Di sebabkan berjalan sakan, kaki daku terseliuh..huhuhu..sakitnya xleh nk ckp ler...sobb..sob..sobbbb...

Sunday, November 29, 2009

Selamat Bertunang.,,

Alhamdulillah pada 28hb November 2009 adikku Liyana selamat ditunang dengan kekasih hatinya, Yusof..Hubungan yang terjalin selama 5 tahun itu akhirya terikat juga dengan ikatan pertunangan..Jika tiada apa-apa halangan dalam setahun lagi daku akan dapat seorang lagi adik ipar....


Pada hari itu juga daku telah di beri tugas untuk menyiapkan adik ku..Daku mencuba sebaik mungkin untuk memastikan adik ku kelihatan cantik ketika itu tp daku bkn la seorang yang pakar dalam bidang solekan ini..Hampir 45 minit daku menyiapkan adik ku yang seorang ini.
Alhamdulillah..


Inilah hasil seni tangan ku yang xbegitu seni..huhuhu

Liyana..bersama hantaran hasil tangan mama

Liyana & daku...

Cincin disarungkan..kini telah menjadi tunangan orang..



Rombongan dari pihak lelaki tiba lewat sedikit dari masa yang dijanjikan..Almaklumla pagi itu hujan..Mereka dari Semabok, Melaka bersama 7 dulang hantaran bertemakan sliver..


Hantaran dari pihak lelaki...Silver Colour
Majlis berakhir pada jam 5 ptg..Ptg tu hujan turun dengan lebat sekali..Kitaorg pun dah keletihan...Agak awal juga daku masuk tidur..hehehe....

Thursday, November 26, 2009

Tuesday, November 24, 2009

Di Sekitar Kursus Jahitan Tudung 21/11/09

Kursus kali ni mmg happening coz penyertaan yg HOT..Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.Ada yang dari Kemunting sanggup turun ke Kajang nak join kursus ni..



Tunggu untuk kursus yang akan datang.......

Thursday, November 19, 2009

me..i and my self

Harini daku cuma nk update gambar je..Xde mud nak bercerita.....






Daku tanpa sebarang solekan





Bila kena touch up....ini ler wajah daku...








Makin tembab..adussssss......



Monday, November 16, 2009

Macam-macam xtvt..

Ermm Sabtu yang lepas, kat opis ada seminar Bondamama..Tak sangka leh jumpa Kak Liza, pernah kerja dgn dia kat taska makcik..Lupa lak nk snap pic ngn dia..Penyertaan seminar menggalakkan seperti seminar2 Bondamama sebelum ini...Rupanya ramai juga yang berminat untuk membuka pusat asuhan...Selain peserta dari Lembah Klang, ada juga peserta dari Penang dan Johor... My hubby yang "terjoin" seminar tu pun dah berkobar2 nak buka asuhan bondamama... Presiden YPN sedang memberi taklimat ringkas mengenai YPN & Bondamama

Di antara peserta yang hadir...


Lepas habis je seminar, kitaorg ke kenduri kahwin salah seorang sukarelawan YPN, Rai..Majlis yang bertemakan Coklat Keemasan..Masa kami sampai, kedua mempelai sedang bersalam-salaman dengan para hadirin..

So ini jela gambar yang sempat di snap



Untuk Rai..Selamat Pengantin Baru..

Balik dari kenduri kahwin, singgah kat rumah lama coz malam tu kitaorg g konsert sejuta warna Siti Nurhaliza anjuran Hai-O di Stadium Melawati, Shah Alam..Kami semua berkumpul di flat Sri Sabah, daku lewat sikit coz hujan...Bas yang mengambil kami pun lewat..Anak-anak yatim dah berkumpul...Sampai di Shah Alam pun lewat sikit..Konsert dah bermula hampir 30 minit....xbnyk gambar yang dapat di snap...Kitaorg duduk pun kt atas..Sepatutnya ada tempat khas untuk YPN..Nak buat macamana sampai pun dah lewat so belasah jer ler duduk kat mana-mana pun.. So x berapa cantik nk snap gambar..


from google

Snap dari tempat duduk yang jauh..huhu

Kami sampai ke flat sri sabah tepat jam 12 tgh malam..huhuhu...Letih..mata dah mengantuk....

Friday, November 13, 2009

Makan Ape Malam Ni....????

Actually daku xtau nak masak ape malam ni?Pastu daku dok tgh resepi kak jun..berkenan ngn Udang Sos Plum...So daku pun mencuba la..Ringkas..Mudah..Cepat..


Udang Sos Plum

My Office.....

Ni ler opis daku yg baru diubah suai...Hampir seminggu ubah suai ni dijalankan..Dari cat hingga la menukar perabot..Selepas ini akan bertambah lagi kursus or seminar yang akan diadakan di opis daku ini....Esok akan diadakan seminar taska & tadika..Minggu depan Bengkel Jahitan...dan akan berterusan dengan pelbagai kursus lagi...Meriah ler opis daku...So kalau ada dok mencari tempat untuk wat seminar or meeting boleh la...


ini dalam pejabat..for staff only...
Untuk gambar di ruang seminar nnt ku update..Tak sempat nak snap..Petang td bz sikit dok susun meja utk seminar esok..Hopefully, selepas ini YPN akan terus berkembang & maju..Amin

Shawl

Dalam minggu ni daku terima 2 helai shawl yang daku beli online dari radiusite.Shawl ni mudah dibentuk..so kita layan je la pic ni ek?





Thursday, November 5, 2009

Bengkel Jahitan Tudung III

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dibawah inisiatif Program Kerja Dari Rumah (KDR) akan menganjurkan Bengkel Jahitan Tudung (DIY) . Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan serta kemahiran kepada kaum wanita untuk mencipta dan menjahit tudung untuk pakai sendiri ataupun untuk tujuan komersial. Ia juga memberi peluang kepada kaum wanita untuk menjalankan pekerjaan / dari rumah bagi menambah pendapatan.

Butir-butir bengkel adalah seperti dibawah ini :

Tarikh : 21hb November 2009 (Hari Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Yuran : RM70.00 sahaja (termasuk minum pagi & bahan)
Tempat : Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra , Kajang, Selangor

Pihak Penganjur akan menyediakan bahan-bahan berikut untuk setiap peserta :

1. Dua (2) helai tudung
2. Satu (1) keping awning
3. Pola Tudung saiz S, M , L*

Selepas menamatkan bengkel ini para peserta akan dapat mempelajari :

1. Membuat ukuran awning sesuai dengan muka
2. Mengenakan awning ke tudung
3. Pola Tudung
4. Menambah awning pada selendang & tudung sedia ada

Penyertaan terhad kepada 20 orang sahaja. Siapa Cepat Dia Dapat.Daftar sekarang dengan cara menghubungi talian 03-8733 2411 (waktu pejabat) dan membayar yuran penyertaan sebanyak RM70.00 ke dalam akaun Maybank KHIDMAT NUR HIKMAH 564306010030 sebelum
10hb November 2009.

DAFTAR SEKARANG, TEMPAT TERHAD


ANJURAN YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH

Friday, October 30, 2009

Aduhhhh...Gusi Bengkak..

Harini daku xde mud sesangat..Mana tidaknya gusi daku bengkak..huhuuhu..Nak makan pun kena hati-hati...Rasa nak demam dibuatnya.Dugaan..dugaannn...Takpe daku dah makan ubat bengkak gusi harap2 surut la bengkaknya nnt..Orang yang byk ckp mcm daku ni bila kena bengkak gusi trus jd pendiam..hehehehe.....
Malam ni nak masak pun xde mud..nasib baik my hubby faham situasi daku...so balik dari kerja tadi trus singgah makan kat kedai....So balik je rumah daku trus makan ubat & mengemas rumah..Yela minggu ni daku banyak sangat program..Esok kat opis ada seminar untuk pusat asuhan bondamama..Lepas balik kerja trus ke Subang Impian..My SIL buat birthday party untuk anak dia..Maybe tidur sana coz my MIL & PIL ada kat sana..Diaorg sampai semalam dari pahang trus ke rumah SIL.

Hari Ahad pulak ada program Back To School kat Sri Sabah..Lebih kurang 200 org anak-anak yatim yang akan menyertai program tersebut..Khamis lepas anak-anak dari Rumah Nurul Qanaah, Gombak dah ukur baju..Daku xdapat nak join, my hubby kena OT.Harap2 Ahad ni dapatla daku join..Apa2 pun nnt daku update lagi ttg program Back to School....So kalau kengkawan ada masa yang nak join kitaorg leh la datang di Flat Sri Sabah, Ahad ni mula jam 10 pg hingga 4 ptg..


Monday, October 26, 2009

My Cousin Wedding

24hb Oktober 2009, Majlis perkahwinan sepupu daku Ita bersama pasangannya Farid yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.Majlis tersebut bertemakan Soft Pink Putih.Sweet Colour...Kedua mempelai tiba pada jam 130 ptg.Sama cantik sama padan....

Pelamin yang tersergam indah....


Bersanding diatas pelamin..

Flower Girl..


Anak buah den..


Sweet Couple..

Sama cantik..sama padan..



Selamat pengantin baru dan semoga kekal hingga akhir hayat..Amin..

Wednesday, October 21, 2009

Durian Kura-Kura????

Durian kura-kura???Durian ini berbuah pada batang dan pangkal akar tidak seperti durian yang selalunya berbuah di dahan.





Program Back To School

Seperti tahun-tahun yang lepas pihak Yayasan memberi sumbangan pakaian seragam sekolah untuk anak-anak yatim yang bernaung dibawah YPN dalam program Back To School.

Di dalam program ini, anak-anak ini akan di bawa ke sebuah kedai pembekal (daku x igt nama kedai tersebut yang terletak di Bandar Tun Razak) untuk diambil ukuran badan dan kasut.Bagaimanapun program ini disusun secara berperingkat2.seperti tahun lepas juga leader utk program ini adalah Kak Azie..Beliau akan menyusun jadual bagi rumah2 anak yatim yg terlibat.Untuk tahun ini, program ini akan bermula pada minggu depan...Di harap segala perancangan akan berjalan dengan lancar.Mudah-mudahan...

Dengan adanya program sebegini akan mengeratkan lagi ikatan ukhuwah yang ada..

Cerita Biasa

10.10.2009

-Taklimat BondaMama di Pejabat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah,Kajang

- My cousin nikah di Seremban.Majlis Resepsi dia pada 24.10.2009 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.

- Jamuan hari raya taska mak angkat daku di Port Klang.


17.10.2009

-Jamuan hari raya Jalinan Kasih di Flat Sri Sabah bersama anak-anak yatim cawangan Bandar Tun Razak.


18.10.2009

-Tak ada plan kemana-mana, kami berehat di rumah sahaja..