Wednesday, September 30, 2009

Monday, September 28, 2009

posing.....





Keseronokan

Salam aidilfitri buat semua..daku percaya korang mesti masih dalam mud raya kan...samala dengan daku, lebih2 lagi raya ni tahun pertama daku beraya sebagai seorang isteri..Banyak pengalaman baru yang daku dapat...Yelah sebelum ni semua persiapan menyambut raya cuma dibuat dirumah mama kat Nilai..Kalau buat kuih pn utk family daku je..Sekarang ni dh beza sikit....Balik beraya pn kena gilir..hehe..ape yg pasti ni nye raya pertama tahun ni di Nilai.itu pun sbb hubby daku keje pada malam raya.Raya ke 3 kami balik ke pahang..Seronok sgt2 sbb dapat beraya dua KG....Selain tu, dulu masa bujang2 xpikir pn nak tukar langsir ke alas meja ke, yela mana tak nya duk menyewa umah bujang...sekarang ni,pantang nampak langsir ke alas meja ke..hehehe...Kuih raya pun bermacam2 jenis..masa bujang dulu 2 3 jenis je..Sekarang ni lak,sampai balang kuih pn x cukup..Apa2 pun daku bersyukur dengan rahmat yang diberi ini..dulu daku hanya ada family daku sahaja..sekarang ni daku ada family yang besar...

Monday, September 14, 2009

e-Card

e-card from kak Azieazah.


e-card from yati (sukarelawan ypn)



Terima kasih kepada yang sudi memberi kad ucapan.Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin

SALAM LEBARAN


Saturday, September 12, 2009

Sabtu 22 Ramadhan

Harini daku bekerja.Kat opis ada taklimat berkenaan BondaMama.Seramai 13 org peserta yang menghadiri taklimat tersebut.Cuaca hari ini agak mendung..Lepas kerja ini nak g beli barang untuk berbuka harini.Petang ni family daku datang berbuka di rumah.Ni pun dok pening pikir nak masak ape..At last dapat gak resepi dan menu utk berbuka ptg ni...Daku bercadang nak masak asam pedas ayam, bunci goreng bertelur, ayam goreng kicap (ni utk anak buah), puding susu / dadih..
Sape nak ikut daku g beli barang?Boring kena g sendiri sbb hubby keje..huhuhuhu...

Thursday, September 10, 2009

Buat ape ek??

Hari ini kitaorg kat opis dok menghias opis..menghias opis??hehe....dok gantung ketupat reben yang dianyam oleh en sham dalam opis ni ada 3 org pempuan dan ketiga2 nya xtahu menganyam ketupat termasukla diri daku ini ,keje kitaorg dok tampal kad raya,sampul duit..Baru ada rasa suasana menyambut hari raya..Jom layan gambar....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




En sham tgh dok nganyam ketupat

Kak Ella..ala2 gedik santai gitu.
sapa tau ni ape?angkat tangan..
Tgh tunjuk bakat terpendam..
nana...student praktikal dari MMU

Majlis Berbuka Puasa YPN 090909

Majlis berbuka puasa YPN di Restoren Cerana, Cheras



Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin ini berkekalan selamanya..



Wednesday, September 9, 2009

Operasi Mengecat Rumah

Semperna menyambut Raya Aidilfiri nanti daku plan nak mengecat rumah cuma masih dok fikir warna apa yang sesuai ngn ruang tamu daku..Pening gak..Adik2 daku dengan sukarela nya nak tolong mengecat rumah daku..Adik daku yang lelaki nak tolong pasang lampu baru..tak sabar nak tgk perubahan kat rumah daku nanti..Kalu tak de ape2 hal weekend ni nak mula operasi mengecat tersebut..Ada sape2 yang nak tolong ke?kalau ada angkat tangan..


Tuesday, September 8, 2009

Seronok...

Jumaat lepas selepas berbuka puasa daku dan suami balik ke Chini.Sampai sana dalam kul 1 pagi trus bersahur.Penat sungguh...


Pagi Sabtu dok bantu mak mertua daku buat kuih untuk dijual di Bazar Ramadhan..Banyak gak kuih yang mak mertua daku buat .Antaranya Lompat Tikam (bak kata suami daku lompat tikam mak mmg terkenal kat chini 1 ), Buah Melaka..Jam 3 petang kami mengangkut barang2 ke tapak bazar tidak jauh pn dari rumah mak mertua daku.Seronok gak dapat tolong meniaga kat sini..Sewa tapak kat sini pn murah je RM 2 sehari..ok kan?? kalau kat lembah kelang mahal tu..Daku ada gak menyewa tapak kat area Cheras, kongsi 3 org.Setakat ni daku cuma letak serunding dan acar buah...Ok berbalik ke cerita tadi.Walaupun cuaca agak panas tapi seronok..
lompat tikam..bubur kacang..cendollll
Lompat tikam yang menjadi pilihan ramai
Peace...hehehe

Friday, September 4, 2009

Asam Pedas Sardin

2 hb September 2009
Daku cuba resepi dari Kak Jun lagi..Kali ini daku mencuba resepi Asam Pedas Sardin..Sedap bangat.Hubby pn suka...Ini resepinya..kalau nak mencuba silakan..jangan malu jangan segan...

Bahan-bahannya :

1 tin(besar) sardin
10-15 tangkai cili kering*
1 biji bwg besar*
5 ulas bwg putih*
1/2 inc. halia*
sedikit belacan*
1 sb lada hitam*(lebih atau kurangkan jika suka)
Kisar bahan2 bertanda* di atas
1 biji bwg besar - hiris
3 ulas bwg putih - hiri
s2 batang serai - titik
garam dan perasa secukup rasa
1/2 cwn air asam drpd 1sb asam jawa
2 biji tomato - dibelah 4
2 tangkai lada hijau - dibelah 2 atau potong serong
2 tangkai daun sup dan daun bawang - hiris 1 inc.
1 biji terung - potong ikut suka
secukup minyak utk menumis
secukup air utk kuah

Cara-cara
Panaskan minyak dlm periuk, tumis bahan2 hiris dan serai hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan 1 cwn air dan gaul rata. Biar mendidih.Masukkan sardin dgn sosnye sekali,air asam ,perasa,terung,lada hijau,kacau perlahan,tambah air jika perlu dan biar mendidih sekali lagi.Akhir sekali masukkan tomato,daun sup dan daun bawang,kacau sekali lagi dan renihkan 10 min. dan matikan api

Pusat Asuhan

Hari ini daku dan opismate g ke Pusat Asuhan BondaMama (www.bondamama.com) di Taman Equine, Seri Kembangan.Pusat asuhan ni salah satu program Yayasan Pembangunan Nurhikmah untuk membantu ibu tunggal atau suri rumah yang berminat menceburi bidang pengasuhan anak.Daku berminat juga nak buat pusat asuhan ni sbb sebelum ni daku ada jugak pengalaman bekerja di taska selama 5 tahun cuma masih belum dapat merealisasikan impian tersebut.Banyak aspek yang perlu diambil kira..Hubby daku juga menggalakkan daku menceburi bidang ini...Ermm apa yang daku perlu buat sekarang, cari tempat yang sesuai dan membuat sedikit kertas kerja.Pada kengkawan yang terbaca blog ni bgtau la kat mana2 ada perumahan baru yg sesuai untuk taska..Daku harap impian daku ini akan tercapai.