Sunday, November 29, 2009

Selamat Bertunang.,,

Alhamdulillah pada 28hb November 2009 adikku Liyana selamat ditunang dengan kekasih hatinya, Yusof..Hubungan yang terjalin selama 5 tahun itu akhirya terikat juga dengan ikatan pertunangan..Jika tiada apa-apa halangan dalam setahun lagi daku akan dapat seorang lagi adik ipar....


Pada hari itu juga daku telah di beri tugas untuk menyiapkan adik ku..Daku mencuba sebaik mungkin untuk memastikan adik ku kelihatan cantik ketika itu tp daku bkn la seorang yang pakar dalam bidang solekan ini..Hampir 45 minit daku menyiapkan adik ku yang seorang ini.
Alhamdulillah..


Inilah hasil seni tangan ku yang xbegitu seni..huhuhu

Liyana..bersama hantaran hasil tangan mama

Liyana & daku...

Cincin disarungkan..kini telah menjadi tunangan orang..



Rombongan dari pihak lelaki tiba lewat sedikit dari masa yang dijanjikan..Almaklumla pagi itu hujan..Mereka dari Semabok, Melaka bersama 7 dulang hantaran bertemakan sliver..


Hantaran dari pihak lelaki...Silver Colour
Majlis berakhir pada jam 5 ptg..Ptg tu hujan turun dengan lebat sekali..Kitaorg pun dah keletihan...Agak awal juga daku masuk tidur..hehehe....

Thursday, November 26, 2009

Tuesday, November 24, 2009

Di Sekitar Kursus Jahitan Tudung 21/11/09

Kursus kali ni mmg happening coz penyertaan yg HOT..Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.Ada yang dari Kemunting sanggup turun ke Kajang nak join kursus ni..



Tunggu untuk kursus yang akan datang.......

Thursday, November 19, 2009

me..i and my self

Harini daku cuma nk update gambar je..Xde mud nak bercerita.....






Daku tanpa sebarang solekan





Bila kena touch up....ini ler wajah daku...








Makin tembab..adussssss......



Monday, November 16, 2009

Macam-macam xtvt..

Ermm Sabtu yang lepas, kat opis ada seminar Bondamama..Tak sangka leh jumpa Kak Liza, pernah kerja dgn dia kat taska makcik..Lupa lak nk snap pic ngn dia..Penyertaan seminar menggalakkan seperti seminar2 Bondamama sebelum ini...Rupanya ramai juga yang berminat untuk membuka pusat asuhan...Selain peserta dari Lembah Klang, ada juga peserta dari Penang dan Johor... My hubby yang "terjoin" seminar tu pun dah berkobar2 nak buka asuhan bondamama... Presiden YPN sedang memberi taklimat ringkas mengenai YPN & Bondamama

Di antara peserta yang hadir...


Lepas habis je seminar, kitaorg ke kenduri kahwin salah seorang sukarelawan YPN, Rai..Majlis yang bertemakan Coklat Keemasan..Masa kami sampai, kedua mempelai sedang bersalam-salaman dengan para hadirin..

So ini jela gambar yang sempat di snap



Untuk Rai..Selamat Pengantin Baru..

Balik dari kenduri kahwin, singgah kat rumah lama coz malam tu kitaorg g konsert sejuta warna Siti Nurhaliza anjuran Hai-O di Stadium Melawati, Shah Alam..Kami semua berkumpul di flat Sri Sabah, daku lewat sikit coz hujan...Bas yang mengambil kami pun lewat..Anak-anak yatim dah berkumpul...Sampai di Shah Alam pun lewat sikit..Konsert dah bermula hampir 30 minit....xbnyk gambar yang dapat di snap...Kitaorg duduk pun kt atas..Sepatutnya ada tempat khas untuk YPN..Nak buat macamana sampai pun dah lewat so belasah jer ler duduk kat mana-mana pun.. So x berapa cantik nk snap gambar..


from google

Snap dari tempat duduk yang jauh..huhu

Kami sampai ke flat sri sabah tepat jam 12 tgh malam..huhuhu...Letih..mata dah mengantuk....

Friday, November 13, 2009

Makan Ape Malam Ni....????

Actually daku xtau nak masak ape malam ni?Pastu daku dok tgh resepi kak jun..berkenan ngn Udang Sos Plum...So daku pun mencuba la..Ringkas..Mudah..Cepat..


Udang Sos Plum

My Office.....

Ni ler opis daku yg baru diubah suai...Hampir seminggu ubah suai ni dijalankan..Dari cat hingga la menukar perabot..Selepas ini akan bertambah lagi kursus or seminar yang akan diadakan di opis daku ini....Esok akan diadakan seminar taska & tadika..Minggu depan Bengkel Jahitan...dan akan berterusan dengan pelbagai kursus lagi...Meriah ler opis daku...So kalau ada dok mencari tempat untuk wat seminar or meeting boleh la...


ini dalam pejabat..for staff only...
Untuk gambar di ruang seminar nnt ku update..Tak sempat nak snap..Petang td bz sikit dok susun meja utk seminar esok..Hopefully, selepas ini YPN akan terus berkembang & maju..Amin

Shawl

Dalam minggu ni daku terima 2 helai shawl yang daku beli online dari radiusite.Shawl ni mudah dibentuk..so kita layan je la pic ni ek?





Thursday, November 5, 2009

Bengkel Jahitan Tudung III

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dibawah inisiatif Program Kerja Dari Rumah (KDR) akan menganjurkan Bengkel Jahitan Tudung (DIY) . Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan serta kemahiran kepada kaum wanita untuk mencipta dan menjahit tudung untuk pakai sendiri ataupun untuk tujuan komersial. Ia juga memberi peluang kepada kaum wanita untuk menjalankan pekerjaan / dari rumah bagi menambah pendapatan.

Butir-butir bengkel adalah seperti dibawah ini :

Tarikh : 21hb November 2009 (Hari Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Yuran : RM70.00 sahaja (termasuk minum pagi & bahan)
Tempat : Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra , Kajang, Selangor

Pihak Penganjur akan menyediakan bahan-bahan berikut untuk setiap peserta :

1. Dua (2) helai tudung
2. Satu (1) keping awning
3. Pola Tudung saiz S, M , L*

Selepas menamatkan bengkel ini para peserta akan dapat mempelajari :

1. Membuat ukuran awning sesuai dengan muka
2. Mengenakan awning ke tudung
3. Pola Tudung
4. Menambah awning pada selendang & tudung sedia ada

Penyertaan terhad kepada 20 orang sahaja. Siapa Cepat Dia Dapat.Daftar sekarang dengan cara menghubungi talian 03-8733 2411 (waktu pejabat) dan membayar yuran penyertaan sebanyak RM70.00 ke dalam akaun Maybank KHIDMAT NUR HIKMAH 564306010030 sebelum
10hb November 2009.

DAFTAR SEKARANG, TEMPAT TERHAD


ANJURAN YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH