Friday, October 30, 2009

Aduhhhh...Gusi Bengkak..

Harini daku xde mud sesangat..Mana tidaknya gusi daku bengkak..huhuuhu..Nak makan pun kena hati-hati...Rasa nak demam dibuatnya.Dugaan..dugaannn...Takpe daku dah makan ubat bengkak gusi harap2 surut la bengkaknya nnt..Orang yang byk ckp mcm daku ni bila kena bengkak gusi trus jd pendiam..hehehehe.....
Malam ni nak masak pun xde mud..nasib baik my hubby faham situasi daku...so balik dari kerja tadi trus singgah makan kat kedai....So balik je rumah daku trus makan ubat & mengemas rumah..Yela minggu ni daku banyak sangat program..Esok kat opis ada seminar untuk pusat asuhan bondamama..Lepas balik kerja trus ke Subang Impian..My SIL buat birthday party untuk anak dia..Maybe tidur sana coz my MIL & PIL ada kat sana..Diaorg sampai semalam dari pahang trus ke rumah SIL.

Hari Ahad pulak ada program Back To School kat Sri Sabah..Lebih kurang 200 org anak-anak yatim yang akan menyertai program tersebut..Khamis lepas anak-anak dari Rumah Nurul Qanaah, Gombak dah ukur baju..Daku xdapat nak join, my hubby kena OT.Harap2 Ahad ni dapatla daku join..Apa2 pun nnt daku update lagi ttg program Back to School....So kalau kengkawan ada masa yang nak join kitaorg leh la datang di Flat Sri Sabah, Ahad ni mula jam 10 pg hingga 4 ptg..


Monday, October 26, 2009

My Cousin Wedding

24hb Oktober 2009, Majlis perkahwinan sepupu daku Ita bersama pasangannya Farid yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.Majlis tersebut bertemakan Soft Pink Putih.Sweet Colour...Kedua mempelai tiba pada jam 130 ptg.Sama cantik sama padan....

Pelamin yang tersergam indah....


Bersanding diatas pelamin..

Flower Girl..


Anak buah den..


Sweet Couple..

Sama cantik..sama padan..



Selamat pengantin baru dan semoga kekal hingga akhir hayat..Amin..

Wednesday, October 21, 2009

Durian Kura-Kura????

Durian kura-kura???Durian ini berbuah pada batang dan pangkal akar tidak seperti durian yang selalunya berbuah di dahan.





Program Back To School

Seperti tahun-tahun yang lepas pihak Yayasan memberi sumbangan pakaian seragam sekolah untuk anak-anak yatim yang bernaung dibawah YPN dalam program Back To School.

Di dalam program ini, anak-anak ini akan di bawa ke sebuah kedai pembekal (daku x igt nama kedai tersebut yang terletak di Bandar Tun Razak) untuk diambil ukuran badan dan kasut.Bagaimanapun program ini disusun secara berperingkat2.seperti tahun lepas juga leader utk program ini adalah Kak Azie..Beliau akan menyusun jadual bagi rumah2 anak yatim yg terlibat.Untuk tahun ini, program ini akan bermula pada minggu depan...Di harap segala perancangan akan berjalan dengan lancar.Mudah-mudahan...

Dengan adanya program sebegini akan mengeratkan lagi ikatan ukhuwah yang ada..

Cerita Biasa

10.10.2009

-Taklimat BondaMama di Pejabat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah,Kajang

- My cousin nikah di Seremban.Majlis Resepsi dia pada 24.10.2009 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.

- Jamuan hari raya taska mak angkat daku di Port Klang.


17.10.2009

-Jamuan hari raya Jalinan Kasih di Flat Sri Sabah bersama anak-anak yatim cawangan Bandar Tun Razak.


18.10.2009

-Tak ada plan kemana-mana, kami berehat di rumah sahaja..

Wednesday, October 7, 2009

DEMAM....

Hari kesihatan daku kurang memuaskan..demam selsema..nak update blog pn malas..selera makan pun kurang..Daku harap demam ini x berlarutan...

Tuesday, October 6, 2009

TAHNIAH

Tahniah buat kakak angkat ku,wan huzaida yang telah bertunang pada 3 Oktober 2009.Daku xdapat pergi sebab ada hal lain.

Semoga ikatan yang terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat..

Laksa Johor

Hari ini daku hendak berkongsi resepi laksa johor..

Bahan A
1 peket spaggeti (direbus & ditos)
1 kg ikan kembung / ikan tenggiri
500 ml santan
air ( kalau nak berkuah lebihkan air)
Minyak untuk menumis
3 sudu kerisik (kalau tidak mahu guna pun boleh)
Daun kesum
asam keping
garam


Bahan B
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit lengkuas
20 biji cili kering
2 batang serai

*Kisar semua bahan B

Bahan C
5 biji telur (direbus)
cili padi*
kobis*
kacang pajang*
sambal belacan
Limau Kasturi

Bahan bertanda (*) dihiris.

Caranya:
Rebus ikan kemudian isinya dikisar kemudian ketepikan.Tumis semua bahan B sehingga terbit minyak.Masukkan isi ikan yang telah dikisar, asam keping dan sedikit air.Kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan kerisik dan santan.Biarkan sehingga masak.Akhir sekali masukkan garam secukup rasa & daun kesum.Kacau sehingga semua bahan sebati.KUAH DAH SIAP..... :)
Dihidangkan bersama speggeti & bahan C.

Sorry la yer kalau penggayaan bahasa yang digunakan kurang menarik...

Monday, October 5, 2009

Hujung Minggu Ku

Sabtu lepas daku & hubby ke Subang Impian, rumah Ayong.Sepatutnya kami kesana tghari tapi hubby ada hal so petang baru ke sana..kami bermalam disana...Suasana disana tenang,jauh dari kesibukan kota..Pada malamnya kami ke sebuah restoran yg agak terkenal di Shah Alam, Restoran Geng Corner..Apa yang menariknya di restoran ini adalah hiasan dalaman nye yang berkonsepkan kartun upin & ipin..So sweet...Restoran ini menarik ramai pelanggan terutamanya yang berkeluarga..contohnya macam family ayong,tanye je kat anak2 nya nak makan kat mana pasti jwapannya kedai upin ipin :) buku menu pun berkonsepkan watak2 kartun upin & ipin sampai tempat cuci tangan pun ada poster upin & ipin...Harganya pun berpatutan..
Pada keesokan hari ayong beli sarapan di pasar tani shah alam, ayong beli nasi lemak sambal sotong, lontong Klang dan kuih muih....Boleh tahan gak lontong klang, ada tempe goreng, begedil.Daku x sempat nak snap gambar..Tengaharinya kami beransur pulang, cuaca agak mendung risau hujan lebat.Sebelum sampai rumah singgah ke kedai runcit beli bahan untuk buat laksa johor.Teringin nak makan laksa johor,so daku pun merajinkan diri memasak laksa johor....Ini kali ke2 daku buat laksa johor..

sepatutnya kena buat sambal belacan tapi daku tak buat sbb hubby daku allergik...Apa2 pun daku puas hati dapat makan laksa johor...

Friday, October 2, 2009

RUMAH TERBUKA....

1 Oktober 2009
undangan rumah terbuka Kak Ella (my opismate) di Taman Megah, Cheras..majlisnya jam 8 mlm tapi kitaorg dok redah umah kak Ella lepas keje..maknanya kitaorg dulu yang merasmikan juadah yang tuan rumah sediakan...Antara menu yang kitaorg makan (heheheheh...) laksa penang,nasi impit bersama kuah kacang,kerutup daging dan biskut raya...
laksa..nasi impit..kerutup daging
sebelum makan kita posing dulu
Nyamm..nyammmm
izar & ira
lepas perut kenyang apa lagi bergambar la..hehehehe


Untuk kak ella, terima kasih kerana sudi menjemput..hehehe...lain kali masak lg ek...

Thursday, October 1, 2009

Belajar Pakai Shawl..

Raya tahun ni, daku cuba pakai shawl.Sebelum ni nak cuba tapi takut kurang sesuai dgn muka...yela tgk org pakai cantik je..sebelum mencuba daku byk dok tgk cara pemakaian shawl di internet..Byk juga cara pemakaian shawl yg daku belajar..Daku suka yg simple2 je...
Inilah hasil nye....Tarrraaaaaa....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-