Friday, May 21, 2010

Kaki Melecur ?.*&#@!!

Kaki melecur????Sakit bangat bila tgk kaki hubby melecur kena lelehan tikat getah...Tempoh hari hubby daku tetiba kerajinan membakar sampah semasa di kampung..Tiba-tiba daku nampak dia melompat-lompat, daku dah dapat mengagak...Masa hubby mintak daku ambilkan minyak, daku lihat kakinya lecur....Sian tapi kadang2 geram, daku dah pesan tak perlu bakar sampah tu...Kan dah kena.....Masa balik ke KL nampak gelembung tempat melecur tu dah surut, tp semalam selepas hubby pulang dari kerja, gelembunnya sudah pecah...Malam tadi kakinya pulak membengkak, ajak ke klinik tidak mahu...Hari harus daku ajak hubby ke klinik sebab daku risau dijangkiti kuman...Hope tiada ape2 yang serius....


Wednesday, May 19, 2010

Apa=apa aje

Sekarang ni daku sedang bertungkus lumus menyiapkan bunga telur untuk adik ipar daku yang akan melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan Julai nanti...Selepas siap bunga telur, ada projek lain pulak...Hope sempat la nak siapkan bunga telur ni..Sejak kebelakangan ni banyak sangat dugaan yang menimpa...Dengan daku yang demam n diserang semput hampir 2 minggu..Sabar je la....Alhamdulillah sekarang makin pulih...


Antara kelopak-kelopak yang telah dicantum..Nanti daku upload yang dah siap k...Nak buat benda-benda macam ni kena ada mud yang bagus...hehehehe.....

Kerana Cinta

Kerana cinta duri menjadi mawar
Kerana cinta cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta tompokan debu kelihatan seperti taman
Kerana cinta api yang berkobar-kobar
jadi cahaya yang menyenangkan
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu yang keras
menjadi lembut bagaikan mentega
Kerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus
Kerana cinta sakit jadi sihat
Kerana cinta amarah berubah
menjadi keramah-ramahan

~ Jalaludin Rumi ( Penyair Sufi )

Jika Aku Jatuh Cinta...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu... AMIN

Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT HARI JADI

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan memperolehi apa yang diinginkan...

Sunday, May 16, 2010

Al Fatihah

Salam buat semua kengkawan semua...Selepas 3 minggu nenek daku kembali kerahmatullah, kemudian pada tanggal 13 Mei 2010 jam 12 tghari kami kehilangan datuk yang paling kami sayang...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada ditempat orang-orang yang beriman.-Al-Fatihah Amin-

Thursday, May 13, 2010

Alvocado Jus

Haritu dok melawat rumah kak hazila, teringin lak buat jus alpukat atau jus alvocada.....Pernah minum tapi tak pernah buat sendiri..So smlm daku mencubala dengan jayanya...Dan ini la hasilnya...My hubby mmg tak berapa minat, so daku je yg layan sesorang...

Nur Hany Irdina & Muhammad Dinie Al-Haq

Salam u all....Daku saja2 nak tepek picture baby ni...






Thursday, May 6, 2010

SELAMAT HARI IBU

Selamat hari ibu buat semua ibu-ibu diluar sana terutama skali to my beloved mum, Puan Mastura Jaffar.I Love u Mama....

Wednesday, May 5, 2010

...DouBle BirThDay GiveAway by LieSsa...

Ni 1st time join GiveAway....GiveAway ni dianjurkan oleh Liessa semperna genapnya sebulan blog beliau dan birthday beliau yang ke 28 tahun...Happy birthday yer liessa...


Tarikh Tutup GiveAway ini pada 31 May 2010..
Kepada sesiapa yang berminat meh la kita join beramai-ramai iye...


Sunday, May 2, 2010

Happy 1st Anniversary

We began as strangers.
We became friends.
We became one with each other...

We remain as one forever.

Happy Wedding Anniversary To The One I Love!

Saturday, May 1, 2010

Tak sangka...

Alhamdulillah diam tak diam sudah setahun daku bergelar isteri kepada suamiku Izar Jamaluddin...Beliau seorang suami yang penyayang, bertanggungjawab dan sangat memahami diri daku..Sayang, terima kasih atas kasih sayang yang kau berikan...

Ya Allah, Kau rahmatilah rumahtangga kami, tetapkan iman kami, permudahkan segala urusan kami, kurniakanlah kami anak-anak yang soleh.-Amin-