About Me

My photo
Daku seorang isteri kepada seorang suami yang cukup menyayangi daku dan mama kepada Muhammad Fatih Rayyan..Daku juga suka berkawan..mencari teman untuk bertukar pendapat..berkongsi cerita...

Blog Archive

MY TREASURE

MY TREASURE

Thursday, December 15, 2011

Jalan-jalan di Melaka..

Sebenarnya cerita ni hujung bulan 11...Tak ada masa hendak menghadap pc ni...mana dengan program anak-anak di RJK lagi, mana dengan anak sendiri lagi...
kitaorg xrancang pun nak ke Melaka tapi sebab semuanya dah dapat sponser dari mama & Yana so semuanya on jer...
Kitaorang gerak pagi Sabtu sebab takut jalan jem, al maklum la kan cuti sekolah & cuti awal muharam....Sampai je Melaka kitaorg singgah kat rumah adik (yana) makan tengahari then baru kitaorg check in ke homestay kat bukit dukung permai...klu xsilap la...not bad, selesa gak homestay tu...lepas solat dan berehat sebentar kitaorg gerak ke Zoo Melaka...Jalan punyala sesak dengan bas rombongan lagi....Seronok juga bila dah lama tak ke zoo sesekali masuk zoo ngan si comel daku yang seorang ni boleh tahan jugak penatnya.....
Lepas ke Zoo Melaka kitaorang balik ke homestay merehatkan kaki...kitaorang plan nak keluar petang tapi bila masing2 macam keletihan lepas maghrib baru keluar....Destinasi kitaorang seterusnya menaiki River cruise....Actually daku dah 2 kali naik tapi ape salahnya naik sekali lagi bersama-sama family tersayang kan....daku paling suka tengok Kg Morten...Sempat jugalah bergambar sekeping dua...
Bila dah puas berjalan baru teringat nak makan so yana & adik ipar daku bawa kitaoranf makan ikan bakar kat area umbai....Puas sesangat dan masing-masing kekenyangan...Balik Homestay lak celebrate birthday bakal adik ipar pulak...So setelah penat seharian berjalan so kitaorang pun terusssss bummmm.......bersambung part 2 lak nnt....insyaAllah





Ape sudah jadi???

Aduhhh...pening kepala daku nihhhhh.....dh berhari-hari cuba log in blog xdpt2....apa dah jadi nihhhh.....

Friday, October 21, 2011

Breast Cancer Support Team At Hospital Kajang

Hari ni daku ikut kak ella ke SOPD HKj ada jemputan untuk breast cancer support team...Ini merupakan perjumpaan ke 3 untuk support team ni...fyi, kak ella merupakan salah seorang bekas pesakit breast cancer.Kumpulan ini ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada pesakit-pesakit kanser payudara di Hospital Kajang....Kumpulan ini terdiri daripada pesakit2 kanser payudara, doktor pakar, JKM sosio kebajikan Hospital, kakitangan Hkj sendiri dan juga sukarelawan2.... Daku sgt2 kagum melihat pesakit2 kanser payudara ini melawan penyakit mereka....Nnt jika berkesempatan daku akan cerita kan serba sedikit ttg support group ni....

Thursday, October 20, 2011

kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang digilis di China?

Daku dapat info dr Facebook......

Kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang digilis di China?

Salam hormat,

Saya yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang
hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu
budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Ini video kejadian di Youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=07T1oO-6-kc

Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China."


Jom kita baca...

"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun
kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli.
Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu
buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan
kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.
Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada
korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain
dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik
dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,
sila jangan tolong..

Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong,
orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik
yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung
sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...

Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh...
Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri
sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya...
Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya
dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong
seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong
maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die
so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa
menanggung kos perubatan org tua tu..

Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama.
Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat
budak tu, diorang yang kena tanggung.


Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die
langgar budak perempuan tu?

Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan
die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan
dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda
lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die
kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu
dengan harapan budak tu akan mati.

Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar
hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...



Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni...

JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri...
Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku...
Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.


Wednesday, October 12, 2011

HambaMu - Mawi, Akhil Hayy, Imam Muda

HAMBAMU

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah.....


Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam


Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Thursday, September 29, 2011

JEMPUTAN OPEN HOUSE @ RJK

Semua kengkawan di jemputa hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini...



Sakit Gigi

Dah 3 hari dok menahan sakit gigi...Minum air sejuk je punyanya sakit gigi...ada yang kata gigi sensitif...Ntah la...ni ada dpt sedikit petua....

Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

Info dari : 101 petua





Saturday, August 20, 2011

Kad Raya

Pejam celik..pejam celik dah masuk 20 Ramadhan...Alhamdulillah kerana masih lagi dapat meneruskan ibadah puasa ini walaupun telah kecundang 2 hari kerana keadaan kesihatan yang tidak dapat dielakkan.....Tinggal lagi 10 @ 9 hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Terkenang daku masa zaman persekolahan dulu-dulu...Masa tu bertukar-tukar kad hari raya dengan kengkawan...Seronok sangat2...Dengan macam-macam kata didalam kad raya...
ada yang berpantun 2 kerat la...

"Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"
"Pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung"

Budak-budak sekolah sekarang masih ada ke guna pantun 2 kerat ni...Masih lagi bertukar-tukar kad raya..Al maklum la zaman canggih sekarang ni kan...guna e-card je (cmana nak gantung ek e-card ni....hehehe).....ataupun wish guna sms, facebook ke, twitter ke & macam-macam lagi laman sosial yang ada...daku sendiri sudah lama xkirim kad raya guna ecard je...huhuhuhu....

Friday, August 19, 2011

Tiada Kata...

Tiada kata yang hendak daku ungkapkan......





8 bulan sudah....

Alhamdulillah 8 bulan sudah beroperasinya Rumah Jalinan Kasih Anak-anak yatim & Miskin (RJK)
Banyak pengalaman yang daku pelajari semasa mengendalikan RJK ini...Ada yang manis ada yang pahit....Walaupun semua penghuninya terdiri daripada anak-anak remaja perempuan tetapi cabarannya....Sebelum ini daku bekerja menguruskan aktiviti rumah-rumah anak yatim yang mempunyai pengurusan mereka sendiri tapi kini daku dan AJK2 yang lain mengendalikan sendiri rumah ini...

Alhamdulillah kerjasama dari semua ajk membuatkan daku tidak pernah kenal erti jemu untuk mendidik anak-anak ini...Untuk pengetahuan korang semua daku ditugaskan untuk memberi tuisyen kepada anak-anak ini kerana kami masih belum mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung kos tuisyen mereka...Kalau ada dikalangan korang ada yang sudi turun padang sangatla di alu-alukan....

Selama 8 bulan ini kami semua bertungkus lumus untuk memastikan semua keperluan anak-anak ini lengkap supaya mereka merasa selesa...Alhamdulillah di bulan yang mulia ini anak-anak ini banyak menerima jemputan...Terima kasih kami ucapan atas segala bantuan yang telah diberikan....

Daku ingin mengucapkan good luck untuk adik-adik di RJK yng sedang menduduki PMR trial..Dan daku berharap agar adik-adik semua sukses dan menjadi anak-anak yang solehah....




untuk sebarang info boleh layari Jalinan Kasih

Lelah (Asthma)

Lelah (Asthma)

Sumber dari Doktor Hamid Arshat

LELAH -- SEJENIS PENYAKIT ALAHAN


Apakah yang dikatakan penyakit lelah ?

Lelah ialah keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit menyebabkan seseorang itu susah bernafas dan mungkin berbunyi pernafasannya ( ini dipanggil wheezing ). Dia terbatuk -batuk dan batuknya itu banyak mengeluarkan kahak. faktor -faktor yang boleh menyebabkan lelah di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada 3 kategori :

1. Unsur alahan

2. Unsur jangkitan seperti kuman virus yang membawa penyakit di saluran pernafasan.

3. Unsur emosi.

Unsur alahan berbeza di antara kanak -kanak. Unsur -unsur alahan yang biasa terdapat ialah telur ayam , bulu kucing dan sejenis organisma yang terdapat pada habuk -habuk. Seseorang kanak -kanak yang alah kepada organisma habuk -habuk apabila menyedut udara yang penuh dengan habuk -habuk apabila menyedut uadara yang penuh dengan habuk -habuk ini boleh lelah. Kanak -kanak bergini , apabila sahaja terjangkitan kuman virus yang biasa menyebabkan batuk selsema boleh lelah.

Tekanan emosi boleh timbul dikalangan kanak -kanak apabila dia terdedah kepada suasana yang kurang menyenangkan. Umpamanya kanak -kanak yang sensitif yang mula bersekolah boleh mendapat lelah akibat gangguan emosi. Tetapi perlu diketahui bahawa suasana di sekolah boleh membawa unsur -unsur lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu lalah seperti jangkitan virus dan pendedahan kepada berbagai -bagai lagi unsur alahan.

Kanak -kanak yang lelah mempunyai saluran pernafasan sangat sensitif di mana saluran pernafasannya mudah sempit ekoran dari unsur alahan , jangkitan dan gangguan emosi.

Seseorang yang lelah tidak semestinya menunjukan tanda pernafasan yang berbunyi ( wheezing ). Batuk yang tidak berhenti -henti sepanjang masa sama ada di waktu siang atau malam mungkin berpunca dari kesempitan saluran pernafasan atau lelah. Adakalanya kanak - kanak yang menghidap penyakit ini susah bernafas dan terbatuk selepas menjalani aktiviti jasmani. Ada pula kanak - kanak yang lelah yang selalu batuk pada waktu malam terutama pada jam 2 pagi hingga 6 pagi dan terpaksa duduk kerana susah bernafas ( nocturnal asthma ).

Para penyelidik Immunologi telah dapat menunjukkan bagaimana sesuatu unsur alahan dapat menimbulkan asthma. Seseorang akan lelah jika menyentuh sesuatu unsur alahan ( allergen ) seperti satu organisma yang terdapat dalam hama - hama atau habuk ( Dermatophagoides ) dan ini akan bercantum dengan antibodi di dalam darah. Kombinasi antigen - antibodi ini akan melekat pada sel - sel yang di panggil mast cell , mengakibatkan pengeluaran bahan - bahan kimia seperti ' histamine ' , SRS-A dan beberapa lagi bahan - bahan kimia yang akan menyebabkan kesempitan saluran pernafasan. Ini adalah cara reaksi immunologi yang biasa sekali terdapat pada kanak - kanak yang menghidap lelah ( allergic asthma ).

Bolehkah kita mengenali bayi - bayi yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat lelah ?

Para penyelildik dalam bidang alahan telah dapat mengenali bayi - bayi yang berkemungkinan tinggi untuk mendapat lelah apabila mereka besar . Caranya ialah dengan mengukur tahapsatu jenis antibodi yang dipanggil IgE dari darah yang diambil dari darah saluran uri ( cord blood ) selepas kelahiran bayi. Seseorang bayi yang ada riwayat alahan didalam keluarganya serta mempunyai tahap antibodi IgE yang tinggi dalam saluran darah urinya memang berkemungkinan besar untuk menghidap penyakit lelah pada masa akan datang.

Apakah yang perlu dibuat jika lelah menyerang kanak - kanak ?

Ibu bapa hendaklah sentiasa bertenang supaya anak mereka itu tidak mudah berasa takut kerana ini boleh memburukkan lelahnya itu. Ubat - ubatan yang boleh mengembangkan saluran pernafasan sama ada diberi dengan cara pil atau dengan cara sedutan ( inhalation ) boleh digunakan dengan berkesan untuk meredakan keadaan. Jenis dan cara pemberian ubat ini akan ditetapkan oleh doktor mengikut keterukan lelah dan umur kanak - kanak itu tetapi memang diakui yang ubat - ubatan ini jika diberi dengan cara menyedut adalah lebih selamat kerana dos yang digunakan adalah kecil kalau dibandingkan dengan dos yang terdapat dari pil - pil. Jika kesesakan nafas meningkat hingga kanak - kanak itu berasa resah tidak berupa bercakap , adalah dinasihatkan supaya dia dibawa berjumpa doktor.

Ada beberapa jenis ubat - ubatan yang boleh digunakan oleh para doktor seperti ubat yang mengandungi bahan theophylline , steroid , sodium chromoglycate dan ketotifen. Walaupun pengunaan ubat - ubatan ini mungkin berbeza sedikit di antara doktor - doktor , ada suatu prinsip umum yang dipatuhi oleh mereka. Faktor - faktor seperti unsur alahan , unsur jangkitan , gangguan emosi , tekanan jasmani dan sebagainya patut diambil kira kerana maklumat - maklumat ini akan dapat membantu seseorang doktor itu memberi nasihat dan rawatan yang sewajarnya kepada ibubapa. Ada ubat - ubatan yang khusus bagi memberhentikan lelah dan untuk digunakan bagi mengelakkan berlakunya lelah.

Satu perkara yang penting difikirkan apabila seseorang kanak - kanak itu sesak nafas ialah kemungkinan saluran pernafasan tersekat oleh benda - benda seperti biji kacang atau biji saga dan sebagainya kerana ini menampakkan satu keadaan yang seakan - akan penyakit lelah. keadaan ini memerlukan rawatan khas dengan segera untuk mengelakan kerosakan pada paru - paru yang boleh membawa maut.

Bagaimana hendak mencegahnya

Pokok dari program pencegahan lelah ialah menghindar unsur alahan. Unsur - unsur alahan yang biasa dikenali ialah organisma yang terdapat dari habuk habuk , bulu - bulu kucing atau anjing , "pollen " dari pokok - pokok , telur , susu lembu atau makanan laut seperti kerang. Ibu bapa sendiri perlulah perhatikan unsur - unsur yang membawa kepada lelah di kalangan anak - anak mereka kerana unsur alahan berbeza diantara kanak - kanak. Merokok dihadapan kanak - kanak tidaklah digalakkan kerana asapnya boleh menyebabkan kanak - kanak itu mendapat lelah. Kadangkala makanan - makanan yang sejuk seperti aiskrim dan air jus buah - buahan boleh menyebabkan kanak - kanak itu menghidap lelah.

Walaupun ukuran antiobodi IgE tidak mudah diuruskan dari saluran darah uri adalah digalakkan ibu - ibu yang mempunyai alahan yang kuat dalam keluarganya memberi susu badan kepada anak - anak yang baru dilahirkannya dan melambatkan pemberian susu tepung formula dan makanan peralihan yang lain kerana ada data - data yang menunjukkan bahawa pemberian makanan - makanan ini kepada bayi dibawah usia tiga bulan boleh menyebabkan bayi - bayi menghidap penyakit alahan.

Dalam usaha mengenali alahan - alahan para doktor menyarankan supaya ujian - ujian kulit dijalankan keatas kanak - kanak yang menghidap lelah. Ujian ini dijalankan dengan mengunakan ' antigen ' yang disyaki sebagai unsur alahan kepada seseorang kanak - kanak itu.

Ujian - ujian ini kadangkala boleh mengelirukan kerana walaupun seseorang itu sudah dipastikan alah kepada sesuatu unsur mengikut keputusan ujian ini tidak semestinya pendedahan kepada unsur ini akan menimbulkan lelah.

Untuk merawat lelah dengan berkesan ibu bapa perlulah memahami keadaan ini dan bekerjasama dengan para doktor supaya nasihat yang disarankan diikuti dengan seberapa boleh. Pengawasan dan rawatan mungkin terpaksa diteruskan dengan berpanjangan untuk memastikan fungsi pernafasan kanak - kanak itu tidak terjejas.

Kesimpulan

Ibu bapa yang anaknya lelah perlu tahu dengan mendalam tentang penyakit ini kerana mereka memainkan peranan yang penting di dalam program rawatan anak mereka itu. Mereka perlu mengetahui faktor - faktor yang boleh menyebabkan berlakunya lelah supaya dapat diawasi faktor - faktor seperti alahan , jangkitan , emosi dan sebagainya .

Ubat - ubatan yang ada sekarang adalah efektif untuk merawat dan mencegah lelah. Tidak ada sebab mengapa sebahagian besar kanak - kanak yang menghidap lelah itu tidak boleh menjalani aktiviti - aktiviti seharian sama seperti kanak - kanak biasa kalau mereka mendapat rawatan dengan sempurna. Lelah yang berlaku diwaktu tidur pada waktu malam dan selepas menjalani aktiviti jasmani mesti dan boleh dicegah dengan ubat-ubatan yang ada pada masa kini


*** Fatih tidak sihat...Lelah...Berpunca dari bulu kucing...Setiap kali kena lelah pasti akan di beri nuebilizer....Hope anak mama cepat sempuh....

Sunday, July 31, 2011

Wednesday, June 1, 2011

Sambutan ulang tahun pertama Muhammad Fatih Rayyan

Sebulan Dua ni daku teramat la sibuk...mana ngan adik kahwin..adik ipar lg...sepupu di kg lagi....alhamdulillah semuanya dah selesai.....Hari jadi Fatih pun terpaksa di tangguh...So kami memilih 4 Jun untuk meraikan besday boy kami...Thanks to family n kawan-kawan yang sudi hadir.....




Wednesday, May 18, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU YANA & YUSOF

Alhamdulillah majlis perkahwinan adik perempuan ku berjalan lancar....tak benda yang nk daku update kan...tgk je la gambar ni ek....






Saturday, April 23, 2011

Selamat Hari Jadi SAYANGKU

Selamat hari jadi sayang, semoga abg sihat selalu, hepi selalu..semoga dipermudahankan segala urusan dan dipermurahkan rezeki...


Friday, April 22, 2011

Al fatihah

Takziah kepada adik dan adik ipar daku sekeluarga atas permergian bonda yang tercinta malam semalam selepas 2 minggu terlantar di ICU HKL...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan solihin....Kpd Muni & Fizi sekeluarga semoga tabah menghadapi dugaan ini....

Monday, April 18, 2011

Yana dah nak kahwin

Lama sungguh tak update blog ni...sibuk sangat sampai tak sempat nak update....Pejam celik...pejam celik dah nak kawin adik ku yg sorang ni.....30hb April 2011 dia akan diijab kabulkan dengan tunangannya....Alhamdulillah semua persiapan hampir siap...Nasib la ada mama,masa daku kawin dulu pun mama yang byk uruskan semua perkara....We love u so much mama...Untuk yana, selamat menempuhi kehidupan berumahtangga...jangan lupa rayo thun ni balik Nilai....Huhuhuhu....Luv u so much



Tuesday, March 22, 2011

Monday, January 10, 2011

Mama & Fatih

Teluk Cempedak


Maran, Pahang

Raya Pertama Di Chini, Pahang...

Banyak lagi pic daku n Fatih tp tak larat nk edit n upload...

Si Kecil Berkaca Mata




Sunday, January 9, 2011

Petua Buang Kerak di Kepala Bayi

Petua ni daku dapat dari google...

Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.

Tambahan, ada beberapa cara atau petua yang boleh menghilangkan kerak kepala bayi. Antaranya

  1. Mencuci lebih kerap : Kerapkan membasuh atau mencuci kepala bayi dengan syampu bayi dengan menyapu dan mengogok dengan lembut kulit kepala bayi. Bilas syampu dengan menggunakan air suam hingga bersih. Jangan tinggalkan sisa syampu di kulit kepalanya.
  2. Sikat dengan lembut : Sikat rambut bayi dengan lembut atau dengan menggunakan berus (khas untuk kulit kepala bayi) untuk menghilangkan kerak-kerak tersebut.
  3. Gunakan minyak zaitun : Sapukan minyak zaitun di atas kepala bayi. Jangan biarkan minyak terlalu lama di atas kulit kepala bayi. Gunakan sikat untuk mengeluarkan kerak2 kepala itu.
  4. Jangan tanggalkan kerak dengan mengelupasnya : Jangan sesekali menggunakan kuku untuk mengulas kerak2 di kepala bayi. Ini akan menyebabkan kulit kepala bayi luka, dan mungkin akan mengalami infeksi daripadanya.
Nota kaki : Daku pernah guna kuku buang kerak kat kepala Fatih..Akhirnya luka...huhuhuhuhu...So jgn gunakan kuku...daku gunakan santan..biarkan seketika pastu sikat..Alhamdulillah kerak tu berkurangan...