Monday, January 10, 2011

Mama & Fatih

Teluk Cempedak


Maran, Pahang

Raya Pertama Di Chini, Pahang...

Banyak lagi pic daku n Fatih tp tak larat nk edit n upload...

Si Kecil Berkaca Mata




Sunday, January 9, 2011

Petua Buang Kerak di Kepala Bayi

Petua ni daku dapat dari google...

Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.

Tambahan, ada beberapa cara atau petua yang boleh menghilangkan kerak kepala bayi. Antaranya

  1. Mencuci lebih kerap : Kerapkan membasuh atau mencuci kepala bayi dengan syampu bayi dengan menyapu dan mengogok dengan lembut kulit kepala bayi. Bilas syampu dengan menggunakan air suam hingga bersih. Jangan tinggalkan sisa syampu di kulit kepalanya.
  2. Sikat dengan lembut : Sikat rambut bayi dengan lembut atau dengan menggunakan berus (khas untuk kulit kepala bayi) untuk menghilangkan kerak-kerak tersebut.
  3. Gunakan minyak zaitun : Sapukan minyak zaitun di atas kepala bayi. Jangan biarkan minyak terlalu lama di atas kulit kepala bayi. Gunakan sikat untuk mengeluarkan kerak2 kepala itu.
  4. Jangan tanggalkan kerak dengan mengelupasnya : Jangan sesekali menggunakan kuku untuk mengulas kerak2 di kepala bayi. Ini akan menyebabkan kulit kepala bayi luka, dan mungkin akan mengalami infeksi daripadanya.
Nota kaki : Daku pernah guna kuku buang kerak kat kepala Fatih..Akhirnya luka...huhuhuhuhu...So jgn gunakan kuku...daku gunakan santan..biarkan seketika pastu sikat..Alhamdulillah kerak tu berkurangan...

Nak buat ape ek???

Suka sangat-sangat....

Tenung ape tu sayang????

Dah nak merangkak....

Dah keletihan.....

Kalau dah tak ada benda nak buat ini la jadinya.....Sekarang ni Fatih tidur lewat...Jam 11 baru nak tdur...Mamanya dah letih mau tidur, dia masih lagi mahu main-main lagi....So kenalah layan dia samapai dia keletihan...Bukan main suka kalau mama snap gambar dia...Mama sayang Fatih

Saturday, January 1, 2011

Kenduri Doa Selamat Di Jalinan Kasih

Agak lewat daku membuat n3 ni...sebab dah terlalu penat dan sibuk dengan persiapan untuk Rumah Jalinan Kasih Anak-anak Yatim dan Miskin yang baru ditubuhkan...Alhamdulillah pada 28hb Disember 2010 Rumah tersebut sedia diduduki oleh anak-anak yatim yang telah berdaftar dengan kami..Sekarang ni ada lebih kurang 13 orang penghuni kesemuanya perempuan yang berumur diantara 7 hingga 17 tahun...Pada malam Selasa telah diadakan Kenduri Doa selamat yang dihadiri lebih kurang 100 orang jemputan..Antara yang hadir kariah surau Taman Megah, jiran-jiran, Nazir Masjid, Ajk Jalinan Kasih dan sukarelawan...Terima kasih kepada yang hadir dan yang memberi sumbangan...

Ucapan dari nazir masjid

Antara yang hadir

Jika ada kelapangan daku akan ceritakan serba sedikit tentang Rumah ni k...Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan sangat dialu-alukan...