About Me

My photo
Daku seorang isteri kepada seorang suami yang cukup menyayangi daku dan mama kepada Muhammad Fatih Rayyan..Daku juga suka berkawan..mencari teman untuk bertukar pendapat..berkongsi cerita...

MY TREASURE

MY TREASURE

Monday, February 20, 2012

Sesungguhnya....

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Dinilai daripada adab, dalam masyarakat manusia ada binatang jalang, tetapi dalam masyarakat binatang, tidak ada manusia jalang.

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.

Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu.


Sunday, February 19, 2012

Mereka kata wanita itu


Mereka kata wanita itu
perhiasan dunia
maka jadilah perhiasan yang benar-benar berharga dan berguna
jangan hanya cantik diluar tetapi buruk didalam

Mereka kata wanita itu
ibarat epal
maka jadilah epal yang tinggi kedudukan nya
bukan yang berguguran ditanah
yang mudah dimiliki oleh sesiapa

Mereka kata wanita itu persis mawar
maka jadilah mawar yang mekar mengharumi
bukan yang layu sebelum kembangnya

Mereka kata wanita itu persis mutiara di dasar laut dalam
maka jadilah mutiara yang benar-benar berharga
sesungguhnya hanya yang mampu membeli mutiara
bisa memilikinya

Mereka kata wanita itu ibarat permata
maka jadilah permata yang tulen
bukan kaca mudah dilihat di mana-manase
sungguhnya kerdipan permata dan kaca itu hampir sama
hanya yang benar-benar bijaksana
yang tidak tersalah memilihnya



Wednesday, February 15, 2012

Mutiara kata hari ini


Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri




Sunday, February 12, 2012

doa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Kau murahkan lah rezeki dan panjangkan umur kepada mereka yang telah menderma dirumah kami Rumah Jalinan Kasih ini Ya Allah..sesungguhnya kaulah yg maha pengampun lagi Maha memberi ..amin


ISKL Walk For Children 2012



Support Rumah Jalinan Kasih and Shelter Home For Children by attending the 2012 Walk For Children, organized by the International and Malaysia Clubs of ISKL....

Thursday, February 9, 2012

"BERSEDEKAH KEPADA ANAK YATIM : TUNTUTAN AGAMA"

Petikan daripada : by Bicara Ad-din on Monday, June 28, 2010 at 1:15pm

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Ganjaran yang dikurniakan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah amat besar. Sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan kemudian tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji adalah perumpamaan perbelanjaan yang dikeluarkan pada jalan Allah.

BERSEDEKAH adalah salah satu daripada apa yang disebut sebagai membelanjakan harta pada jalan Allah. Ini kerana tujuan seseorang BERSEDEKAH itu adalah atas dasar mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

BERSEDEKAH sama ada dengan wang ringgit atau lainnya merupakan amalan mulia yang memberi keuntungan kepada orang yang mengeluarkannya dan orang yang menerimanya. Orang yang BERSEDEKAH mendapat balasan pahala, sementara bagi orang yang menerimanya pula dapat menggunakan SEDEKAH tersebut bagi memenuhi keperluan hidupnya.

Kenapa mesti BERSEDEKAH?Jawapan pada soalan ini telah dijawap sendiri oleh Allah Taala dalam al-Quran Surah at-Taubah, Ayat 130 yang tafsirnya: "Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi SEDEKAH (ZAKAT), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" (Surah at-Taubah:130).

Ayat ini mengajarkan untuk mengambil SEDEKAH dari hartanya kaum Mukminin, baik itu SEDEKAH yang ditentukan ataupun SEDEKAH yang tidak ditentukan. Adapun dalam Islam, SEDEKAH itu terbahagi dua:

1. SEDEKAH yang ditentukanYakni SEDEKAH yang ditentukan sendiri oleh Allah untuk dikeluarkan setelah memenuhi akan syarat-syaratnya. Dengan kata lain, SEDEKAH ini dipanggil juga dengan nama ZAKAT. Setiap orang Islam yang layak DIWAJIBKAN keluar ZAKAT supaya dengannya, Allah akan membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka dari akhlak yang buruk terhadap Allah. Dan merupakan HAK ALLAH Taala semata-mata sama ada ingin membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka dari akhlak yang buruk itu atau tidak.

2. SEDEKAH yang tidak ditentukanYakni SEDEKAH yang tidak ditentukan oleh Allah tetapi diberi kelonggaran kepada umat Muhammad untuk dikeluarkan tanpa syarat. Dengan kata lain, SEDEKAH ini dipanggil juga dengan nama DERMA, HADIAH, WAKAF, NAFKAH dan sebarang SEDEKAH selain zakat demi untuk menjaga hubungan baik sesama manusia. SEDEKAH jenis ini walaupun diberi kelonggaran tetapi amat dituntut untuk dikeluarkan supaya dengannya, Allah akan membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka dari akhlak yang buruk terhadap sesama manusia. Dan merupakan HAK MUHAMMAD (umat Muhammad) sama ada dia ingin mengeluarkannya atau tidak.

Hukum BERSEDEKAHHukum BERSEDEKAH itu SUNAT berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Di antaranya:

1. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas)” (Surah al-Baqarah:245).

Di dalam kitab al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an disebutkan, antara maksud ayat di atas ialah galakan untuk BERSEDEKAH, menginfak harta kepada orang-orang fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan.

2. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu berkemampuan untuk berlindung daripada Neraka (dengan melakukan SEDEKAH) walaupun hanya dengan separuh buah kurma, maka lakukanlah” (HR.Muslim).

SEDEKAH, SUNAT dilakukan pada bila-bila masa, namun yang lebih AFDHAL dilakukan pada bulan Ramadhan dan juga sangat digalakkan pada hari-hari mulia yang lain seperti 10 Zulhijah dan pada Hari Raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha. Begitu juga AFDHAL dilakukan pada perkara-perkara yang diberi perhatian seperti gerhana, sakit dan pelayaran.

Siapa Yang AFDHAL Diberi SEDEKAH?SEDEKAH, AFDHAL diberikan kepada saudara terdekat walaupun saudara terdekat itu merupakan orang yang wajib diberikannya nafkah.

Perkara ini ada disebutkan di dalam sebuah hadis sebagaimana perbualan Zainab Radhiallahu ‘anha dengan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam:

Maksudnya: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya hari ini engkau memerintahkan untuk BERSEDEKAH. Aku mempunyai perhiasan untuk diriku, maka aku ingin MENYEDEKAHKANNYA”.Ibnu Mas‘ud berpendapat bahawa sesungguhnya dia (Ibnu Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu) dan anaknyalah yang lebih berhak menerima SEDEKAHKU itu.Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: “Ibnu Mas‘ud benar, suamimu dan anakmu adalah lebih berhak untuk engkau beri SEDEKAH” (HR.al-Bukhari).

Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: “SEDEKAH kepada orang miskin itu mendapat satu pahala SEDEKAH, dan SEDEKAH kepada saudara mara itu mendapat dua pahala iaitu pahala SEDEKAH dan pahala menyambung silaturrahim” (HR.al-Hakim).

Begitu juga AFDHAL BERSEDEKAH kepada jiran berbanding orang lain. Jika dia mempunyai dua orang jiran, adalah lebih AFDHAL mendahulukan jiran yang lebih dekat dengan pintu rumahnya. Sayyidatina ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha menceritakan:

Maksudnya: “Aku berkata kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya bagiku ada dua orang jiran. Maka siapa antara keduanya ku berikan hadiah?”Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: “Kepada yang lebih dekat pintu rumahnya daripada (pintu rumah) engkau” (HR.al-Bukhari).

Begitu juga BERSEDEKAH kepada orang-orang yang berbuat kebaikan dan orang-orang yang memerlukan adalah lebih diutamakan.

BERSEDEKAH Kepada ANAK YATIMANAK YATIM ialah kanak-kanak yang tidak mempunyai sama ada ibu atau bapa. Mereka termasuk dalam golongan yang memerlukan kerana telah kehilangan ketua keluarga yang sepatutnya menyara kehidupan mereka. Maka BERSEDEKAH kepada mereka adalah sangat diutamakan.

Islam sangat mengambil berat tentang hal ehwal ANAK-ANAK YATIM. Dari penjagaan mereka sehinggalah pada pengendalian harta mereka jika mereka mempunyai harta, semuanya ada digariskan di dalam al-Qur’an.

Kita diperintahkan untuk berlemah lembut dan berbuat baik kepada mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan ANAK-ANAK YATIM serta orang-orang miskin” (Surah Al-Baqarah:83).

Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada ANAK YATIM amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam mengkhabarkan tentang kedudukan mulia di Syurga bagi orang yang menjaga ANAK YATIM.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: “Penjaga ANAK YATIM daripada kerabat atau bukan kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti dua jari ini di dalam Syurga”. Malik (periwayat hadis) mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari hantu” (HR.Muslim).

Menghulurkan SEDEKAH kepada mereka adalah salah satu daripada perlakuan baik yang dimaksudkan itu. SEDEKAH yang dihulurkan berupa wang ringgit atau barang-barang keperluan, bukan sahaja mengurangkan bebanan mereka, bahkan dapat menimbulkan kebahagiaan di hati mereka.

Membantu ANAK YATIM terutama mereka yang hidup susah dan tidak mendapat penjaga yang sewajarnya inilah yang dimaksudkan sebagai (bantu-membantu atau tolong menolong) yang dituntut oleh Islam. Oleh yang demikian, usaha berbagai-bagai pihak untuk mengumpulkan dana bagi ANAK-ANAK YATIM bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.Hukum BERSEDEKAH kepada ANAK YATIM adalah SUNAT. Namun lebih AFDHAL jika SEDEKAH itu dihulurkan kepada ANAK YATIM dari kalangan keluarga atau saudara mara terdekat jika ada. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya disisi Tuhan itu? (12). (Di antaranya bagi orang yang mampu) ialah memerdekakan hamba sahaya;(13) atau memberi makan pada hari kelaparan (14) kepada ANAK YATIM dari kaum kerabat (15)” (Surah al-Balad:12-15).

Maksud Ayat ke-15 dari Surah al-Balad di atas adalah AFDHAL BERSEDEKAH kepada ANAK YATIM dari kalangan kerabat berbanding yang bukan dari kalangan kerabat. Begitu juga AFDHAL BERSEDEKAH kepada ANAK YATIM yang tiada mempunyai penjaga berbanding ANAK YATIM yang mempunyai penjaga.

Antara Fadilat-Fadilat SEDEKAH1. Allah melipat-gandakan balasan orang yang memberi SEDEKAH dengan berganda-ganda banyaknyaFirman Allah Taala yang tafsirnya: "Siapakah orangnya yang (mahu) MEMBERIKAN PINJAMAN kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas menafkahkan hartanya di jalan Allah) supaya Allah melipat-gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan" (Surah al-Baqarah:245).

2. Orang yang memberi SEDEKAH mendapat keampunan dari AllahFirman Allah Taala yang tafsirnya: "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang MENDERMAKAN HARTANYA pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik" (Surah Ali-Imran:133-134).

3. Orang yang BERSEDEKAH diberi kepadanya pahala yang amat besarFirman Allah Taala yang tafsirnya: "Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh BERSEDEKAH, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar" (Surah an-Nisaa':114).

4. SEDEKAH dapat menolak bala dan memanjangkan umurSabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya: "SEDEKAH itu dapat menolak bala dan memanjangkan umur”.

5. SEDEKAH dapat menutup pintu kejahatanSabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya: "BERSEDEKAH itu membendung 70 pintu kejahatan”.

6. SEDEKAH dapat menghindar dari mati yang mengerikanSabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya: "BERSEDEKAH itu dapat menghindar dari mati yang mengerikan (kebakaran, kemalangan dll)”.

7. SEDEKAH dapat memadam murka Allah dan menjadi benteng dari api NerakaSabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya: "BERSEDEKAH secara sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan (Allah). Sedang BERSEDEKAH secara terang-terangan itu akan menjadi benteng dari api Neraka”.

8. SEDEKAH dapat mensucikan orang yang BERSEDEKAH dari kehinaan dan kerendahan dari mengambil dan makan haknyaorang fakir miskin.

9. SEDEKAH dapat menumbuh-kembangkan harta orang yang BERSEDEKAH.

10. SEDEKAH dapat mengangkat orang yang BERSEDEKAH dengan kebaikan dan keberkahan akhlak dan mu'amalah sampaimenghantarkan mereka menjadi orang yang berhak mendapatkan kebahagiaan di dunia dan Akhirat.

11. SEDEKAH dapat menutup kesalahan dan keburukan orang yang BERSEDEKAH.

12. SEDEKAH dapat mendatangkan redha, kasih sayang dan bantuan Allah kepada orang yang BERSEDEKAH.

Inilah antara sekian banyaknya fadilat SEDEKAH yang ditawarkan Allah bagi para pelakunya.

Antara Hadis-Hadis berkenaan SEDEKAHBetapa dahsyatnya SEDEKAH yang dikeluarkan di jalan Allah yang disertai dengan hati ikhlas, sampai-sampai Rasulullah sendiri membuat perbandingan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: "Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam.Para malaikat terhairan-hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya: "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada GUNUNG?". Allah menjawab: "Ada, iaitu besi".Para malaikat pun kembali bertanya: "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada BESI?".Allah menjawab: "Ada, iaitu api".Bertanya kembali para malaikat: "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada API?".Allah menjawab: "Ada, iaitu air".Bertanya lagi para malaikat: "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada AIR?".Allah pun menjawab: "Ada, iaitu angin".Akhirnya para malaikat bertanya lagi: "Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada semua itu?".Allah yang Maha-Gagah menjawab: "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan SEDEKAH dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya: "BERSEDEKAH itu adalah sesuatu yang sangat agung (Rasulullah s.a.w mengulanginya tiga kali)".

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya: "Maskahwin para bidadari adalah segenggam kurma dan separuh roti yang DISEDEKAHKAN”.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya: "Takutlah kamu dari api Neraka walaupun BERSEDEKAH dengan separuh kurma. Apabila engkau tidak dapat BERSEDEKAH, maka ucapkanlah ucapan yang baik-baik”.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya: "Barangsiapa yang mengherdik orang yang meminta-minta, maka malaikat akan membentaknya di Hari Kiamat kelak”.

PenutupBERSEDEKAH sama ada berupa wang atau lain-lain merupakan salah satu wadah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Pahala bagi orang yang BERSEDEKAH amat besar walaupun SEDEKAH yang dihulurkan hanya dengan nilai yang sedikit. Ini kerana nilai yang sedikit juga menyumbang pada kegembiraan yang dirasakan oleh si penerima.

Dalam suasana kita yang diberi kesenangan ini, mari kita gandakan SEDEKAH kepada yang memerlukan terutama ANAK YATIM, agar semua kita dapat merasakan kegembiraan itu bersama-sama.

RENUNGAN: MATEMATIK SEDEKAHMatematik SEDEKAH dibawah adalah matematik sederhana yang diambil dari al-Quran Surah al-An'aam, Ayat 160 dimana Allah menjanjikan balasan sepuluh (10) kali lipat bagi mereka yang mahu berbuat baik.

Tafsirnya: "Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada Hari Kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh (10) kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)" (Surah al-An'aam:160).

Jadi, kiranya ketika kita punya RM10, lalu kita SEDEKAHKAN sebanyak RM1 diantara yang sepuluh itu.Maka hasil akhirnya bukan 9, melainkan 19 sebab yang satu yang kita keluarkan itu ditambah oleh Allah ganjaran sepuluh (10) kali lipat.

Maka, secara matematiknya: Sedekah Hasil10 – 1 9 + 10 = 19

Seterusnya ketemulah kita ilustrasi matematik begini:10 - 2 8 + 20 = 2810 - 3 7 + 30 = 3710 - 4 6 + 40 = 4610 - 5 5 + 50 = 5510 - 6 4 + 60 = 6410 - 7 3 + 70 = 7310 - 8 2 + 80 = 8210 - 9 1 + 90 = 9110 - 10 0 + 100 = 100100 1,0001,000 10,00010,000 100,000100,000 1,000,000dan seterusnya..

Inilah dipanggil matematik SEDEKAH. Dimana ketika kita memberi dari apa yang kita punya, justeru Allah akan mengembalikan lebih banyak lagi. Maka benarlah sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam dari hadis Abu Rabsyah Al-An Maary yang maksudnya: "Harta tidak akan berkurang dengan DISEDEKAHKAN" (HR.Tirmidzi, kitab Az-Zuhd, Jilid 4 hal.487, no.2325, kata Imam Tirmidzi: "Hadis ini hasan lagi shahih").

Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam lagi yang maksudnya: "Tidak akan pernah berkurang harta seseorang yang DISEDEKAHKAN, kecuali ia malahan akan bertambah, bertambah dan bertambah".

Apa yang kita lihat dari matematik di atas?Kita lihat hasil akhirnya, amat mengagumkan. Semakin banyak dan semakin banyak pertambahan dan bukannya pengurangan.Sekali lagi, semakin banyak kita BERSEDEKAH, semakin banyak penggantian dari Allah hasil dari pemberian SEDEKAH itu.Mudah-mudahan Allah senantiasa memudahkan kita untuk BERSEDEKAH dan meringankan langkah untuk BERSEDEKAH.

Kenapa matematiknya begitu, ketika dikurangi..hasilnya malah lebih besar?Sebab Allah menjanjikan balasan berkali-kali lipat dari sekedar sepuluh kali lipat bagi mereka yang mahu BERSEDEKAH.Dalam al-Quran Surah al-Baqarah Ayat 261, Allah menjanjikan sehingga dengan 700 kali lipat, tentu akan lebih banyak lagi tergantung pada Kehendak Allah Taala.

Tafsirnya: "Bandingan (derma, SEDEKAH) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya" (Surah al-Baqarah:261).

Kini, kita sudah belajar matematik SEDEKAH dimana setiap kali kita BERSEDEKAH, Allah menjanjikan penggantian minimum sepuluh kali lipat. Maka nyatalah, seseorang itu tidak akan jadi miskin dengan BERSEDEKAH !!!

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya: "Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim BERSEDEKAH (ZAKAT)".Mereka bertanya: "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?".Baginda menjawab: "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu BERSEDEKAH".Mereka bertanya: "Kalau tidak mempunyai pekerjaan?".Baginda bersabda: "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan".Mereka bertanya lagi: "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?".Baginda menjawab: "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan SEDEKAH".

Lagi sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya: "Setiap anggota manusia harus membuat SEDEKAH setiap hari apabila matahari terbit.Engkau mendamaikan antara dua orang adalah SEDEKAH.Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya adalah SEDEKAH,ataupun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah SEDEKAH,dan perkataan yang baik itu SEDEKAH.Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah SEDEKAH.Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi SEDEKAH".

Jadi...sudahkah kamu membuat SEDEKAHMU pada hari ini ???????


www.jalinankasih.org




Monday, February 6, 2012

Awal..pertengahan..penghujung

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."



Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur RAsul 1433H


Nur Muhammad

Wahai Tuhan tolong sampaikanlah doa dan rindu ini

Kepada Nur Muhammad..Cahaya sebagai sumber segala cahaya..

Wahai Tuhan tolong ikatkanlah hati kami ini Kepada Nur Muhammad..

Cahaya penghubung hati dengan Allah..

Cahaya yang mampu menembusi kegelapan hati untuk dicahayakan..

Dengannya hati dapat mengenal dan melihat Allah..Dan mampu untuk berhubung dengannya..

Maka Allah pun wujud dalam seluruh hidupnya..

Allah lah yang menggerakkan setiap gerakannya..

Allah lah yang mewakilkannya kepada manusia

Dialah Allah yang melantiknya Bayangan nur Muhammad yang dipinjamkan
Pesuruh diatas pesuruh
Cahayanya diatas sumber cahaya Cahaya Nur Muhammad..
Penghubung hati dengan Tuhan..

Cahaya zaman yang tidak pernah padam
Oleh seribu satu kegelapan yang menghalang
Mampu menerangi akhir zaman
Maka islam akan kembali gemilang
Allah diagungkan semula
Nabi Muhammad dibanggakan lagi diseluruh dunia..

By: Generasi Harapan

kredit to Cahaya Purnama


Saturday, February 4, 2012

Menggali Petikan Kata-Kata Sang Motivator << Ceritalucu

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.




Thursday, February 2, 2012

AZURA

Setelah sekian lama tak pergi menonton wayang, akhirnya 2/2/2012 daku pergi menonton cerita AZURA...Aduhh best bangat ceritanya...aku bagi 4 bintang dari 5 bintang...Berkisarkan kehidupan harian kita ada gelak tawa, ada sedih...touching bila melihat kesetiaan sepasang suami isteri yang muda...Rasanya macam nak repeat je lagi...Kali ni nak pergi ngn Mr Hubby lak.....Tahniah kepada pengarah, produksi dan para pelakon...I Like.....

Sinopsis Azura 2012

Ia mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup bertemu dengan Zek, anak kepada orang kaya yang hidupnya dimanjakan dan dikelilingi kemewahan.

Mereka kemudian bercinta tetapi mendapat halangan daripada bapa Zek, iaitu Tan Sri Putih. Zek dan Azura kemudian mengambil keputusan untuk ke London dan berkahwin di sana. Mereka hidup bahagia pada awalnya…

Untuk menyara kehidupan mereka, Zek terpaksa bekerja di stesyen minyak manakala wAzura terus cemerlang dalam bidang akademik dan ditawar untuk bekerja di luar negara. Akibat daripada tekanan kerja, emosi Zek terganggu dan bermulalah segala konflik antara mereka.

Barisan Pelakon Azura

Neelofa (Azura)

Shah Jaszle (Zek))

Afdlin Shauki (Tan Sri Putih)

Erma Fatimah (Yusni)

Afida Es (Nek Wan)

Penampilan Khas

Fauziah Ahmad Daud

Faizal Hussein

Jaafar Onn

Aman Shah

Calvin Thoo Sri

Gambar2 kredit to FB Filem AZURA 2012