Monday, April 23, 2012

Buat Suami Tersayang

Senyummu adalah bahagiaku..
Ceriamu adalah dambaku..
Gelisahmu adalah kebimbanganku..
Air matamu adalah kesedihanku..
Kau pelipur lara dukaku..Kau pengiring suka citaku..
Bersama kita dalam hari-hari keberkahan..
Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta..
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang..
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu..
Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..
Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati..
Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu..
Wahai bintang, bulan dan angin..
Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya..
“Sungguh Aku Sangat mencintaimu karena Allah”


Selamat hari lahir sayang...semoga dipanjangkan usia dan dipermurahkan rezeki..

Thursday, April 12, 2012

Tip menjaga anak aktif

Anak aktif pasti memeningkan ibubapa. Tingkah laku yang aktif menyukarkan kawalan oleh ibubapa terhadap anak tersebut. berikut tips dan panduan yang boleh dicuba untuk mengawal anak yang aktif:
  • Kurangkan makanan yang bergula. Gula memberi lebih banyak tenaga kepada anak aktif
  • Beri tarikan baru kepada kanak-kanak yang membolehkan beliau duduk diam seperti melukis, membaca, permainan dan sebagainya
  • Memberi ganjaran sekiranya beliau duduk diam
  • Beri ruang kepada beliau supaya bermain sepuasnya
  • Jangan menyekat sifat aktifnya tetapi salurkan ke arah yang betul seperti bersukan, membuat kerja atau sebagainya
  • Banyak bersabar
  • Pastikan persekitaran selamat seperti bucu-bucu tajam, ruang yang selesa, berpagar atau bergril. Elakkan kawasan yang berisiko
  • Ibubapa sentiasa aktif dan memakai pakaian sesuai dengan anak seperti kasut, seluar dan baju. Untuk persediaan untuk mengejar.. hehehehe..
  • Membuat penegasan seperti kenakan hukuman jika tidak mendengar arahan..
  • Sekiranya anda anda terlalu aktif sehingga tidak boleh mengawal tingkah laku, sila bawa berjumpa doktor kerana anak anda mungkin tergolong dalam kanak-kanak hyperaktif.



Wednesday, April 11, 2012

GEMPA BUMI 11 APRIL 2012 DI ACEH

Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia pada Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.

Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis. BERNAMA




Sunday, April 8, 2012

Suamiku.....


Suamiku…
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…

Suamiku…
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu…

Suamiku…
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah…

Suamiku…
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar
Hingga ke siang
Kerana kilaunya adalah
….KASIH SAYANG ISTERIMU…

Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:

“Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”

Baca ketika sujud yang terakhir – 3 kali

Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




Wednesday, April 4, 2012

Pujaan hati ku

2 orang pujaan hati ku...Mr Hubby n my busyukkk Fatih..

Tuesday, April 3, 2012

Rumah Jalinan Kasih Anak-anak Yatim / Miskin

Inilah dia sebahagian dari kehidupan aku sekarang...Penghuni dari Rumah Jalinan Kasih anak-anak yatim / miskin (RJK)..Pada mula-mula pembukaan rumah ini hanya ada 10 orang penghuni kini alhamdulillah hampir 25 termasuk pengasuh..Tahun 2012 merupakan tahun ke 2 rumah ini beroperasi...

Majli Kahwin Anak Lelaki En Aziz (cikgu kompang)

31 Mac 2012 :-Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami dr Rumah Jalinan Kasih ke majlis ini..Sungguh meriah, 2 pasang pengantin yang diraikan.



me n mr hubby

bersama teman2 seperjuangan dan anak2 rjk

paluan kompang dr anak2 RJK

Azizah (bonda) , Kak Ella (ibu) n Me (kak Syira