Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha buat keluarga, sanak-saudara, teman-teman dan seluruh kaum muslimin dan muslimat...

Raya ni balik kampung ke??Daku beraya di Nilai & Kuala Pilah....Kepada yang memandu tu hati-hati di jalanraya, biar lambat asal selamat...

Monday, November 15, 2010

Cameron Highland

Dingin sungguh cuaca disini harini.....Sejuk macam nak beku...Hubby daku sampai selsema..Fatih pun kesejukan sampai tido pun kena bedung siap berselimut tebal.Harini byk gak plan kitaorang sebelum balik ke KL...



Sebelum check out, snap sana snap sini...Si kecik pun pandai ber posing...
Lepas bersaparan kami ke Taman rama-rama....

Suka betul Fatih bersiar-siar kat taman rama-rama...Then kitaorang g beli strawberi dan sedikit cenderahati...Selepas Zuhur kami bergerak balik ke Kuala Lumpur..Dalam perjalanan singgah sebentar di Air terjun Lata Iskandar, saja dok rehat...

Kami sampai di Kuala Lumpur agak lewat disebabkan hujan lebat selepas kami berhenti di Lata Iskandar dan terdapat tanah runtuh...Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai ke rumah....

buah hati kami

Bukit Merah : Day 3

Kitaorang bangun agak lewat, lepas bersarapan terus kemas2 dan check out...Cadang nak g jalan-jalan ke Taiping...Sampai kat Taiping tak singgah pun, pusing2 je..Pastu terus ke Kuala Kangsar, ingat nak berhenti g cari ikan pekasam n labu sayung tapi cuaca teramat la panas..So batalkan niat nak ber " shopping"...Huhuhuhu...

Perut dah lapar then berhenti di Restoran Mee Rebus Ramli di Jalan Kangsar, Ipoh..Sedap jugak mee rebus ramli ni...hubby makan nasi ayam..Rupa2nya JJCM pernah datang ke sini jugak...Tak sempat daku nak snap apa picture pun sebab dah lapar sangat...

Lepas je makan kami teruskan perjalanan ke Cameron Highland..Sampai kat sana dah agak petang, so kami trus check in ke TM Resort di Tanah Rata...Malam kitaorang makan di Tanah Rata..Fatih lak daku suapkan bubur nasi...Fatih pun keletihan, sampai tido malam pun selena-lenanya.....

Sunday, November 14, 2010

Bukit Merah: Hari ke 2

Selepas sarapan kitaorg keluar ke Bagan Serai...Huhuhuhuhu.....Jam 10.30 kitaorang ke Waterpark Bukit Merah....Telemacth berjalan seperti yang di jadualkan...Ada 3 kategori : Lelaki, Perempuan dan Kanak-kanak.Seronok tengok gelagat diaorang...

Daku pulak bawa si kecik mandi-manda la...Mula-mula Fatih macam takut air, lama kelamaan dia syok...

Selepas penat berendam, time to eat...Perot berkeroncong, Fatih pun dah mula meragam keletihan....Bagi je susu trus bummm tidur dalam stroller....Cuaca agak panas, pada mulanya plan nak masuk ecopark n pergi Pulau Orang Utan tapi tak larat sangat...
Fatih tgh layan mata nak tido...


Lepas lunch beli cenderahati sikit, pastu balik bilik REHAT...Petang turun bawah tengok ramai lak yang mandi manda di kolam renang...Ingat nk join tapi macam malas pulak...So daku cuma bersantai di tepi kolam...

Dinner hari kedua ni ada yang special sikit...Ada BBQ, karaoke dan penyampaian hadiah serta cabutan bertuah...

Daku tak tunggu sampai semuanya selesai, Fatih dah mengantuk...duduk tak kena, berdiri tak kena..So daku masuk bilik awal...

Friday, November 12, 2010

Bukit Merah:Hari Pertama

Kami bergerak dari rumah jam 10 pg..Plan awalnya nak gerak awal tetapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan jadi kami keluar lewat sikit...Kemudian kami bersarapan di Keramat AU2 dulu makan nasi lemak sotong..


Nasib baik sepanjang perjalanan, si kecik tak meragam...Cuma mulut dia bising sikit la, bila dia dah mengantuk tapi masih nak makan biskut lagi sampai tertidur...hehehehe..Dapat la daku snap beberapa gambar si kecik...




Jam 2 ptg kami sampai ke destinasi yang dituju, Suria Apartment Bukit Merah Laketown Resort
Kami terus check in, sementara menunggu yang lain sampai kami berehat dulu..Tak banyak aktiviti kitaorang...Rehat secukupnya sebab keletihan travel dari KL ke Perak....

Lepas Maghrib diadakan sesi taklimat untuk program esok...Ada Telematch di Waterpark...Daku n Hubby tak join...Lepas taklimat dan makan malam kitaorang naik ke bilik dan terus zzzzzzz.....


Makan malam di Suria Apartment Bukit Merah Laketown

Gambar daku tak dapat upload lagi coz lum dapat edit...Nnt dah siap semuanya daku akan upload....

Thursday, November 11, 2010

BUKIT MERAH LAKETOWN

Salam to all...Esok kitaorang akan bercuti ke Bukit Merah Laketown....Lama sangat dah tak pergi bercuti...kalau sempat daku update cerita perjalanan ke Bukit Merah Laketown. BUKIT MERAH LAKETOWN HERE WE COME......

Tuesday, September 28, 2010

Jemputan Rumah Terbuka

Salam too all...Dah lama tak hapdet blog..huhuhuhu...Kesibukan melanda sekarang ni...nak hapdet pasal raya pun xsempat...Ermm kalau daku berkesempatan daku akan hapdet..Kepada semua Selamat hari raya.....Jemput la datang ke rumah 3hb Oktober 2010..Untuk alamat sila tinggalkan email korang ek..