Thursday, September 27, 2007

Nuzul al-Quran jana perubahan, bina peradaban

PERISTIWA Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung oleh setiap Muslim. Ini kerana bermula dengan peristiwa inilah, zaman jahiliah yang diliputi kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan dengan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada bertuhankan Allah yang Esa.

Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat.

Allah berfirman dalam surah al-Anbiya’ ayat 108, yang bermaksud: “Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam.”

Mafhum daripada ayat ini menjelaskan bahawa, melalui utusan Nabi Muhammad saw yang diangkat oleh Allah sebagai Rasul, Baginda menjadi rahmat bagi seluruh alam kerana membawa petunjuk (al-Quran) yang memandu manusia ke jalan yang selamat dan sejahtera.

Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Disebabkan keutamaan inilah, al-Quran berbeza daripada kitab lain yang diturunkan kepada nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad.

Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat terbesar yang dianugerahkan Allah kepada Rasulullah dalam menghadapi cabaran dalam menyebar dan menegakkan syiar Islam. Ketabahan Baginda berjaya mengubah bangsa Arab yang suatu ketika dulu hidup tanpa pedoman, jauh daripada hak dan kebenaran dengan meniupkan roh semangat al-Quran

Peristiwa Nuzul al-Quran yang berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada tempat yang terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.

“Al-Quran” pula bererti bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu, terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muammalat dan sebagainya.

Peristiwa Nuzul al-Quran mengubah dan membina peradaban umat. Ini kerana al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu adalah perkara benar dan tidak perlu diragui oleh manusia.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq. Firman Allah bermaksud :

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Sehubungan itu, peristiwa Nuzul al-Quran seharusnya dihayati oleh umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah. Bahkan, ia dilihat sebagai asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar, satu-satunya agama yang diredai di sisi Allah.

Dengan berlakunya Nuzul al-Quran, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan jelas dengan berpandukan petunjuk dan pedoman yang diwahyukan oleh Allah.

Banyak keterangan dalam al-Quran dan hadis bahawa al-Quran adalah kitab petunjuk atau pedoman ke arah mencapai darjat muttaqin, iaitu orang yang bertakwa. Firman Allah yang bermaksud:

“Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 2).

Al-Quran diturunkan oleh Allah bukan sekadar untuk dibaca atau dilagukan semata-mata, tetapi apa yang lebih utama menjadikannya sebagai panduan dan pedoman sepanjang hayat. Itulah sebabnya al-Quran dikatakan sebagai iman bagi umat Islam.

Al-Quran di samping membawa maksud kitab bacaan, juga dikenali sebagai al-Nur, al-Furqan, al-Zikr dan lain-lain lagi yang secara tidak langsung menunjukkan peranannya yang sangat istimewa. Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Justeru itu, bagaimana seharusnya sikap kita agar al-Quran itu boleh berperanan sebagai cahaya menerangi hidup dan pembeza antara hak dan batil serta memberi peringatan?

Bolehkah al-Quran berperanan sebagai cahaya penerang dan pembimbing hidup jika kita tidak memahami isi kandungannya?

Kalau tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah untuk memperhambakan diri kepada-Nya iaitu dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya, maka penghambaan kita kepada Allah tidak akan sempurna tanpa memahami kehendak-Nya.

Demikianlah juga penghambaan kepada Allah tidak akan sempurna melainkan selepas difahami dan diamalkan kehendak-Nya kerana semua kehendak Allah itu tercatat dalam al-Quran

Sambal Udang Terung Belanda

Sambal Udang Terung Belanda



Bahan:



1kg udang harimau

100g bawang besar, dipotong bulat

200g cili merah

50g bawang kecil

2 biji tomato

3 camca besar minyak masak

Garam secukup rasa

200g terung belanda


Cara membuatnya:



Udang dibersihkan kemudian digoreng dengan garam. Angkat dan ketepikan

Cili merah dikisar kasar bersama bawang kecil dan tomato. Ketepikan

Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bawang besar, kacau sebentar. Masukkan bahan dikisar tadi dan tumis sehingga terbit bau wangi

Masukkan garam secukup rasa, kacau sebentar. Masukkan udang dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan terung belanda . Kacau rata sehingga masak. Angkat dan hidangkan

Friday, September 14, 2007

NurMalika Rumaisya Khairiah-Atfer 4 month




My Lovely Malika...Makin comel..We All miss u dear..

Mari Sama-sama Menyumbang

Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my

Asalamualaikum wbt,

Umat Islam akan menyambut Ramadan tidak lama lagi. Bulan yang barakah itu akan menjadi bulan bagi semua umat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan higga ketahap maksima. Anak-anak yatim juga tidak ketinggalan menerima limpahan barakah tersebut. Syarikat-syarikat dan orang persaorangan sudah mula menghantar jemputan berbuka puasa. Alhamdulillah dengan perkembangan yang sihat ini.

Selain dari berbuka puasa, anak-anak yatim juga perlu dihidangkan dengan makanan untuk bersahur. Yayasan Pembangunan Nur Hikmah pada tahun ini akan menyediakan makanan untuk sahur kepada lebih kurang 350 orang anak-anak yatim, miskin dan anak-anak terbiar di 5 buah rumah dan juga diluar rumah jagaan.

Rumah / Asarama jagaan yang sedang dibantu oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah adalah seperti berikut :

1. Rumah Jagaan Nurul Iman, Manjoi, Ipoh, Perak
2. Rumah Jagaan Darul Qana'ah, Gombak
3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, Kuala Lumpur
4. Rumah Jagaan Nur Hikmah, Kajang
5. Pondok Penyayang Raudah, Gombak

Perbelanjaan bagi setiap satu hidangan sahur untuk seorang kanak-kanak adalah dalam anggaran RM4.00 hingga RM6.00.

Yayasan Nurhikmah menjemput anda yang prihatin dan ingin berbuat kebajikan untuk menyumbang kepada TABUNG SAHUR anak-anak yatim , miskin dan anak-anak terbiar.

Anda boleh menyalurkan sumbangan melalui Tabung Sahur Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Masukkan sumbangan kedalam akaun MAYBANK : KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 . Letakkan alamat email presiden@nurhikmah. org.my . Anda juga boleh menghantarkan SMS ke telefon 012-2968649 . Nyatakan nama dan jumlah yang dimasukkan.

Selain dari sumbangan diatas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan apa saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material atau tenaga sukarelawan. Sila berhubung terus ke email presiden@nurhikmah. org.my untuk tujuan tersebut.

Kami Yayasan Pembangunan Nur Hikmah mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita.

Wasalam


RENUNGAN:

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik- baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah

Huraian

i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.

ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.

iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud :

"Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya."

iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma'un yang bermaksud : "Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !"
............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .......


Anda juga dijemput menyalurkan sebarang sumbangan melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah. org.my.


------------ --------- --------- --------- --------- -------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon / Fax : 03-87332411
Laman web : www.nurhikmah. org.my
EMAIL : presiden@nurhikmah. org.my


Yahoo Group: http://groups. yahoo.com/ group/nurhikmah/




------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------

AMARAN :

Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada presiden@nurhikmah. org.my atau telefon 019-2158 827 (24 jam) .

Kelebihan amalan sunat pada Ramadan amat besar

UMAT Islam digalakkan melakukan sebanyak mungkin amalan sunat sepanjang Ramadan untuk mengharapkan ganjaran pahala dan keredaan Allah.

Amalan sunat atau disebutkan juga sebagai an-nadbu itu walaupun tidak sampai ke tahap wajib, namun kelebihan mengerjakannya amat besar.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud : “Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Bersedekah yang dituntut adalah kepada golongan miskin, anak yatim dan orang tidak berupaya.

Kelebihan bersedekah juga diterangkan dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai pula ada 100 biji. Allah melipatgandakan ganjaran sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).

Ibadat sedekah juga disebut ibadat yang sentiasa mengurniakan ganjaran pahala walaupun selepas meninggal dunia.

Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Apabila mati seorang anak Adam, maka terputus amalannya kecuali tiga

perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” – (Hadis riwayat Muslim).

Ulama, As-Samarqandi dalam Tanbihul Ghafilin menjelaskan beberapa kelebihan diberikan kepada orang yang bersedekah.

Kelebihan itu dikelaskan kepada dua iaitu kelebihan dunia dan akhirat. As-Samarqaridi menjelaskan bahawa kelebihan di dunia adalah membersih harta dan menyucikan diri, menolak bala serta penyakit, menyenangkan hati orang miskin dan menjadikan harta berkat.

Sementara kelebihan di akhirat adalah menjadi naungan bagi yang bersedekah iaitu meringankan hisab, memberatkan timbangan amal kebajikan, memudahkan seseorang menyeberangi Titian Sirat al-Mustaqim serta meningkatkan kedudukan di syurga.