Pseudocyesis biasanya bersifat psikosomatik, disebabkan oleh faktor mental yang memberi kesan kepada fisikal untuk mempercayainya. Dalam kebanyakan kes, wanita ini mengalami perubahan fizikal dan emosi sama seperti wanita hamil.Ini termasuklah ketiadaan haid, saiz perut yang semakin membesar, merasai pengerakan bayi ( walaupun tiada janin ), payudara yang membesar dan ada sesetengah kes mengeluarkan susu.
Punca...
Masalah psikologi memainkan peranan besar dalam kes-kes pseudocyesis. Namun begitu, ada juga yang disebabkan oleh penyakit seperti ketumbuhan otak dan gangguan hormon endokrin. Lazimnya, pseudocyesis berlaku pada wanita yang terlalu inginkan kehamilan. Tekanan perasaan yang dialami ini mencetuskan perubahan hormon sehingga menyerupai hormon kehamilan sebenar.
Senario...
Lazimnya wanita ini dikatakan menjalani pemeriksaan kehamilan bersendirian tanpa ditemani suami, ibu atau rakan, maka sukar untuk mengesahkan sama ada wanita ini benar-benar menjalani pemeriksaan kesihatan lebih-lebih lagi setelah rekod klinik atau hospital yang dilawati tidak wujud atau tiada di dalam simpanan walaupun wanita tersebut menyimpan kad temu janji yang dipenuhi dengan tarikh pemeriksaan perubatan.
Ini tambah membebankan tekanan sedia dihadapi oleh wanita ini apabila kakitangan kesihatan tidak mempercayainya dan menuduhnya sengaja mengada-adakan cerita. Kepercayaan wanita ini terhadap kehamilah boleh memberi kesan buruk sehingga mengakibatkan tekanan jiwa, lebih-lebih lagi setelah menyedari bahawa dia tidak lagi hamil.
Mengesan Pseudocyesis...
Ujian utltrabunyi boleh untuk mengesahkan kehamilan memandangkan ia dapat menunjukkan kehadiran kantung kandungan bersama-sama dengan janin di dalamnya serta denyutan jantungnya membuktikan wanita itu sedang hamil.
Namun begitu, ada juga kes kantung kandungan itu kekal kosong atau janin mati kemudiannya (missed miscarriage) sedangkan wanita ini menyangka mereka masih hamil.
Rawatan..
Tiada sebarang ubat-ubatan diperlukan untuk merawat pseudocyesis jika ia berpunca daripada masalah psikologi. Dalam kes ini, pesakit biasanya diberi nasihat oleh pakar psikiatri dan sebarang ubat-ubatan hanya diberikan jika terdapat masalah kesihatan berkaitan yang lain seperti ketiadaan haid dan sebagainya.

Pseudocyesis
No comments:
Post a Comment