Bahan A
1 peket spaggeti (direbus & ditos)
1 kg ikan kembung / ikan tenggiri
500 ml santan
air ( kalau nak berkuah lebihkan air)
Minyak untuk menumis
3 sudu kerisik (kalau tidak mahu guna pun boleh)
Daun kesum
asam keping
garam
Bahan B
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit lengkuas
20 biji cili kering
2 batang serai
*Kisar semua bahan B
Bahan C
5 biji telur (direbus)
cili padi*
kobis*
kacang pajang*
sambal belacan
Limau Kasturi
Bahan bertanda (*) dihiris.
Caranya:
Rebus ikan kemudian isinya dikisar kemudian ketepikan.Tumis semua bahan B sehingga terbit minyak.Masukkan isi ikan yang telah dikisar, asam keping dan sedikit air.Kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan kerisik dan santan.Biarkan sehingga masak.Akhir sekali masukkan garam secukup rasa & daun kesum.Kacau sehingga semua bahan sebati.KUAH DAH SIAP..... :)
Dihidangkan bersama speggeti & bahan C.
Sorry la yer kalau penggayaan bahasa yang digunakan kurang menarik...

2 comments:
Terimakasihhhh.... Terimakasihhhh....
Takper pasal bahasa, sbb leh paham punya... Nak kene try nihhh...
SELAMAT MENCUBA..Kalau sedap masak lagi tapau bwk ypn..hehehe
Post a Comment