Saturday, January 1, 2011

Kenduri Doa Selamat Di Jalinan Kasih

Agak lewat daku membuat n3 ni...sebab dah terlalu penat dan sibuk dengan persiapan untuk Rumah Jalinan Kasih Anak-anak Yatim dan Miskin yang baru ditubuhkan...Alhamdulillah pada 28hb Disember 2010 Rumah tersebut sedia diduduki oleh anak-anak yatim yang telah berdaftar dengan kami..Sekarang ni ada lebih kurang 13 orang penghuni kesemuanya perempuan yang berumur diantara 7 hingga 17 tahun...Pada malam Selasa telah diadakan Kenduri Doa selamat yang dihadiri lebih kurang 100 orang jemputan..Antara yang hadir kariah surau Taman Megah, jiran-jiran, Nazir Masjid, Ajk Jalinan Kasih dan sukarelawan...Terima kasih kepada yang hadir dan yang memberi sumbangan...

Ucapan dari nazir masjid

Antara yang hadir

Jika ada kelapangan daku akan ceritakan serba sedikit tentang Rumah ni k...Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan sangat dialu-alukan...

1 comment:

azieazah said...

Tahniah. Moga terus maju.

Maaf tak leh nak join majlis. Berada di Perak dan Penang pada tarikh tersebut.