Saturday, August 20, 2011

Kad Raya

Pejam celik..pejam celik dah masuk 20 Ramadhan...Alhamdulillah kerana masih lagi dapat meneruskan ibadah puasa ini walaupun telah kecundang 2 hari kerana keadaan kesihatan yang tidak dapat dielakkan.....Tinggal lagi 10 @ 9 hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Terkenang daku masa zaman persekolahan dulu-dulu...Masa tu bertukar-tukar kad hari raya dengan kengkawan...Seronok sangat2...Dengan macam-macam kata didalam kad raya...
ada yang berpantun 2 kerat la...

"Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"
"Pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung"

Budak-budak sekolah sekarang masih ada ke guna pantun 2 kerat ni...Masih lagi bertukar-tukar kad raya..Al maklum la zaman canggih sekarang ni kan...guna e-card je (cmana nak gantung ek e-card ni....hehehe).....ataupun wish guna sms, facebook ke, twitter ke & macam-macam lagi laman sosial yang ada...daku sendiri sudah lama xkirim kad raya guna ecard je...huhuhuhu....

No comments: